Siakap Keli
lipas dalam rumah
Gambar Via Business Insider

Syarikat Kawalan Serangga Perosak Tawar RM9k Pada Yang Sudi ‘Ternak’ Lipas Dalam Rumah

Sebuah syarikat perkhidmatan kawalan serangga perosak di North Carolina dipercayai menawarkan sebanyak AS$2,000 (RM8,842) kepada pemilik rumah yang boleh ‘menternak’ lipas dalam rumah mereka.

Memetik laporan Business Insider, syarikat yang dikenali sebagai The Pest Informer itu berkata bahawa mereka sedang mencari lima hingga tujuh rumah yang membenarkan pihak mereka untuk melepaskan 100 lipas dalam kediaman tersebut.

Difahamkan, ia dilakukan bertujuan untuk mengkaji teknik spesifik kawalan perosak yang dijangka akan mengambil masa selama 30 hari.

Tidak cuma itu, proses tersebut juga akan dirakam oleh juruteknik.

Sebelum melakukan kajian itu, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari pemilik rumah terlebih dahulu.

Pemilik rumah juga perlu sekurang-kurangnya berumur 21 tahun ke atas dan lokasi rumah adalah di sekitar benua Amerika Syarikat.

Sepanjang 30 hari kajian dijalankan, pemilik rumah juga dilarang untuk menggunakan teknik kawalan perosak yang lain.

Jika teknik kawalan baharu yang digunakan oleh pihak mereka tidak menghapuskan semua lipas-lipas itu dalam masa 30 hari, maka mereka berjanji akan menggunakan cara menghalau lipas secara tradisional.

Bagaimanapun, pendekatan yang akan digunakan oleh mereka di dalam kajian itu tidak dapat dipastikan, namun perkhidmatan kawalan perosak profesional kebiasaannya menggunakan racun serangga gel kelawar atau debu.

Syarikat itu dikatakan telah menjalankan operasi sekitar 26 tahun yang lalu dan sejak itu terus membangunkan pelbagai teknologi pemusnahan yang mesra haiwan peliharaan.

Menurut laporan, terdapat 4,000 jenis lipas yang wujud di seluruh dunia. Ia membiak dengan cepat dan sangat sukar dihapuskan kerana ‘ketahanannya’.

Seekor lipas betina Amerika dikatakan boleh menghasilkan dua bekas telur seminggu.

BACA: Hanya Guna Tiga Bahan Mudah, Wanita Kongsi Tips Buat Perangkap Lipas

Sumber: Business Insider

Sofea

There's always another side to every story