Siakap Keli
No-Claim Discount
Gambar via Bernama

Boleh Jimat Beribu Ringgit, Apa Itu NCD? Ini Manfaat Untuk Anda Ketika “Renew” Insurans

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah dengar mengenai N0-Claim Discaout atau NCD? Dalam era yang semakin pesat membangun, kenderaan seperti kereta atau motosikal bukan lagi bersifat ‘kemahuan’ malah lebih kepada ‘keperluan’, anda pasti pernah mendengar istilah yang disebutkan tadi.

Setiap keluarga perlu ada sekurang-kurang satu kereta untuk hal-hal kecemasan sama ada baru atau terpakai. Setidaknya, boleh digunakan ketika berlaku sebarang kecemasan, kata orang lama ‘malang tidak berbau’.

Namun, sejauh mana kita tahu berkaitan dengan insurans kereta yang kita bayar setiap tahun untuk kereta kita. Umumnya yang kebanyakan dari kita tahu, kita akan ‘claim’ insurans ketika berlaku kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan.

Anda tahu apa itu No-Claim Discount (NCD)? Menurut perkongsian dari Carput menerusi laman Twitter, NCD boleh menjimatkan duit anda beribu-ribu ringgit. Menarik kan?

Mengupas lanjut berkaitan NCD, kami sertakan perkongisan dari mereka di bawah untuk bacaan anda semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Apa itu No-Claim Discount (NCD) dan manfaat yang diperoleh yang anda patut tahu. 

Tak sangka, ramai juga yang drive kereta tapi tak tahu apa itu No-Claim Discount (NCD). NCD ni, korang kena faham untuk korang tahu bila nak claim, bila nak pindah. Kalau korang pandai manfaat, boleh jimat beribu ringgit!

Seperti mana nama NCD itu sendiri, NCD ni adalah diskaun yang pemilik kereta akan dapat bila renew insurans kereta. Sekiranya pemilik tak pernah buat sebarang tuntutan insurans tahun sebelumnya.

Kalau 5 tahun korang tak claim insurans yang korang dah bayar tu, Tahun ke 6 NCD akan jadi 55%, kira dah maksimum diskaun dah ni.

Bila korang buat tuntutan insurans contoh tahun 2021, Tak kisah apa nilai NCD korang 25%/55%, tahun berikutnya terpaksa korang bayar premium insurans harga penuh. Start semula dari 0. Ada faham?

Sekarang korang dah tahu apa itu NCD, Korang kena tahu pula apa jenis tuntutan yang batalkan NCD, apa yang tidak. Haaa bukan semua jenis tuntutan insurans batal NCD tau.

Tuntutan insurans yang tak batal NCD korang :

Servis Tunda

Panggil towing daripada syarikat insurans anda tidak akan batalkan pun NCD. Yang ini ramai tak tahu, bayar insurans mahal mahal, tapi bila kereta tersadai susah susah cari contact towing.

Insurans kalau comprehensive, sah sah,, ada servis FREE towing. Bezanya pada jarak berapa jauh boleh towing, dan berapa kali boleh panggil dalam setahun. Lain syarikat, lain polisi.

Yang ini kena refer pada polisi insurans korang. Kalau dah hilang entah ke mana, korang call je hotline insurans korang untuk tanya. Hotline insurans rata rata adalah toll-free, tak ada kredit pun boleh call.

Towing insurans korang ni bukan untuk kes eksiden atau tersadai je tau, Kes kereta ada problem kat bengkel A nak tow ke bengkel B pun boleh.

Sebab itu jika berlaku sebarang kemalangan, orang selalu nasihat jangan ‘sign’ dokumen apa-apa kalau tiba-tiba ada lori tunda datang. Sebab sah-sah anda akan kena bayar. Kadang kena mahal pula tu. Padahal insurans anda cover dah.

Bila nak claim/simpan NCD?

Seperti mana kita semua tahu, insurans ni guna untuk cover kerosakan kereta bila kemalangan. Tapi, tak setiap masa korang perlu claim! Salah claim, lagi rugi ada lah.

Mula-mula anda kena buat adalah untuk tengok kerosakan kereta. Sama ada kereta korang sahaja, atau dengan kereta yang korang langgar.

Sebabnya, anda hanya akan tuntut insurans sendiri jika anda punca kemalangan, anda dilanggar atau langgar motor dan kemalangan sendiri.

Kalau kemalangan berpunca dari orang lain, itu anda kena claim insurans kereta pesalah. Jadi NCD anda memang tak akan diusik. Melainkan pesalah motosikal.

BACA: Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Diculik Ketika Pulang Mengaji

Sumber: CARPUT (Twitter, Web)

Faiz Mustafa