Siakap Keli
botakkan kepala putus cinta
Gambar via Suara.com

Wanita Nekad Botakkan Kepala, Kecewa Akibat Putus Cinta Dengan Kekasih

JAKARTA – Tular di media sosial berkenaan tindakan seorang wanita di Indonesia yang nekad membotakkan kepalanya kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com.

Video wanita tersebut memotong rambut panjangnya telah dimuat naik semula oleh akaun Instagram @lambeh_turra.

Rakaman video itu menunjukkan seorang wanita yang memakai t-shirt berwarna hitam yang sedang kesedihan menahan sebak. Wanita itu perlahan-lahan memotong rambutnya dengan mesin pencukur rambut.

Rakaman tersebut turut menunjukkan dia sedang membuat panggilan video bersama seorang lelaki.

“Saya tidak kesal dengan kehilangan rambut saya sedikit pun. Saya menangis sebab tertanya mengapa saya harus dipertemukan dengannya,” kata wanita itu sambil menangis.

Wanita itu turut menjelaskan bahawa dia menangis kerana apa yang dibuat oleh lelaki tersebut membuatkannya sakit hati.

“Seorang lelaki yang sentiasa dipandang rendah oleh ramai orang, tetapi saya sentiasa mempertahankan dan membanggakan dia di hadapan semua keluarga dan rakan-rakan saya. Namun apa yang saya dapat,” katanya sambil tidak berhenti menangis.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima 263 tontonan di Instagram. Video tersebut menarik perhatian netizen dan telah menerima pelbagai pendapat di ruangan komen.

Ada netizen yang kesal dengan cara wanita itu melepaskan kesedihannya. Ada juga netizen yang menggalakkan wanita tersebut.

“Jangan berharap dengan manusia. Kalau tak nak kecewa,” balas seorang netizen.

“Sepatutnya ubah jadi lebih cantik biar dia menyesal,” tulis seorang netizen.

“Kenapa harus merugikan diri sendiri,” komen netizen lain lagi.

Sumber: Suara.com

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Nurlizah Khazani