Perlu berurusan di kaunter JPJ? Ketahui terlebih dahulu bahawa anda boleh ‘menempah’ nombor giliran secara online tanpa perlu bersesak di kaunter. Seorang wanita ada berkongsikan tentang cara mudah guna JPJeQ. Ikuti artikel di bawah:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah memperkenalkan JPJeQ bagi menambah baik sistem penggiliran sedia ada.
Sistem JPJeQ merupakan sistem nombor giliran dalam talian bagi melakukan urusniaga di kaunter JPJ.
Untuk makluman, sistem tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sempena sambutan Hari JPJ.
Kini, semakin banyak cawangan telah melaksanakan sistem penggiliran JPJeQ bagi memudahkan urusan di kaunter.
Namun, kemudahan aplikasi JPJeQ yang diperkenalkan kurang mendapat sambutan disebabkan masih ramai yang tidak mengetahuinya.
Oleh itu, seorang pengguna twitter, Anis Suraya, berkongsi fungsi dan cara penggunaan JPJeQ bagi memudahkan individu yang ingin melakukan urusniaga di kaunter JPJ.
Menerusi ciapannya, Anis berkongsikan panduan penggunan aplikasi JPJeQ. Mari ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Tadi anis pegi JPJ, rupanya nak ambik nombor giliran pun dah guna apps eh sekarang.
Gigih search kt google sbb tk pernah tahu, rupanya since hujung tahun lps lagi dah start guna apps tu.
Tadi nampak macam ramai jugak yang tak tahu. Macam mana nak guna apps tu? Ni anis share 👇 pic.twitter.com/SRcx087bjQ
— AS (@anisssurayaaa) June 20, 2022
Kalau korang ada nak berurusan dekat JPJ, boleh install siap siap apps ‘JPJeQ’.
Then lepas dah install, korang scan QR code je untuk dapatkan nombor giliran. pic.twitter.com/pxwSPwYfJ5
— AS (@anisssurayaaa) June 20, 2022
1) Dalam apps tu, korang boleh check cawangan JPJ yang terdekat
2) Then pegi cawangan JPJ tu & scan QR code
3) Pilih perkhidmatan mana yang korang nak berurusan & nanti korang akan dapat notification nombor giliran pic.twitter.com/1ST75XCBP9
— AS (@anisssurayaaa) June 20, 2022
For me apps ni bagus sebab kita boleh track no giliran kita dalam phone je. Means tak perlu nak tunggu beratur bersesak kat situ. Boleh pegi tempat lain dulu.
Sebab kalau no giliran kita dah nak sampai/dipanggil, kita akan dapat notification. pic.twitter.com/dOfI5EJUGA
— AS (@anisssurayaaa) June 20, 2022
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan memudahkan proses untuk semua pihak.
Sumber: Anis Suraya
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini