Siakap Keli
stok bekalan darah
Gambar: FB Pusat Darah Negara

Pusat Darah Negara Tunjuk ‘Slip’ Exam KKM, Semua ‘Result’ Stok Darah Terkumpul Cemerlang

Pusat Darah Negara (PDN) hari ini menunjukkan ‘slip’ keputusan ‘peperiksaan’ mengenai stok bekalan darah yang terkumpul dengan cemerlang setakat 21 Jun hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, slip tersebut pada asalnya adalah merupakan penyata sebenar sehelai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun, ia sudah disunting (edit) pada beberapa bahagian dan diubah kepada terma dan istilah perubatan yang berkaitan.

Berdasarkan slip itu, nama ‘calon’ bagi peperiksaan ‘Stok Darah 21 Jun’ tersebut adalah ‘Pusat Darah Negara’.

Di bahagian atas slip, tertera ayat ‘Lembaga Peperiksaan Kementerian Kesihatan Malaysia’ yang asalnya daripada perkataan ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’.

Pada bahagian utama pula, terpapar empat jenis ‘mata pelajaran’ yang diambil iaitu kumpulan darah A, kumpulan darah B, kumpulan darah O dan kumpulan darah AB.

Menariknya, keempat-empat ‘mata pelajaran’ tersebut berjaya mencapai keputusan A+ iaitu tahap cemerlang tertinggi.

Ulasan ringkas pada bahagian akhir slip pula tertera ayat “Stok darah berada di paras yang selamat. Terima kasih penderma darah. Teruskan menderma”.

Sekadar gurauan, PDN ucap tahniah kepada pelajar SPM & ‘seru’ derma darah

Gambar: FB Pusat Darah Negara

Justeru pada perkongsian berkenaan, PDN menjelaskan bahawa stok bekalan darah yang terkumpul di sana berada pada paras cemerlang setakat hari ini.

“Harimau mati meninggalkan belang. Terima kasih penderma darah semua. Stok di PDN kini berada di paras yang selamat,” umumnya.

Dalam perkongsian itu, PDN turut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang baru saja menerima keputusan SPM baru-baru ini.

“Di kesempatan ini, min nak ucapkan tahniah kepada calon SPM yang berjaya. Tidak kira bagaimana keputusan SPM anda, jadilah orang yang berjasa kepada masyarakat dan negara.

“Dan jangan lupa juga untuk menjadi penderma darah. Anda boleh menderma seawal 17 tahun,” tambah kenyataan itu lagi.

https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia/posts/pfbid02ayLMqN1arVMsewtjmzMMz9o4gDxD6uXEvDkkgMcUwgYTgsKGbehNczmzMp9ZXnuol

Sumber: Facebook Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.