Siakap Keli
derma darah
Kredit: Google

Stok Bekalan Darah Negatif Berkurang, Individu Dengan Darah A, B, AB, O Negatif Dipohon Tampil Menyumbang

Amalan menderma darah mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan yang tersendiri. Di samping merendahkan kadar kalori dalam badan, ia juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain itu, penderma darah juga mendapat keistimewaan tersendiri dari kerajaan Malaysia iaitu mendapat rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan percuma bagi tempoh empat bulan.

Malah, lebih kerap anda menderma, lebih banyak manfaat diberikan kepada anda.

Baru-baru ini, Pusat Darah Negara mencari individu yang mempunyai darah negatif untuk menderma berikutan stok bekalan darah jenis itu semakin berkurangan di negara kita.

Jika anda mempunyai darah A negatif, B negatif, O negatif dan AB negatif, anda diminta untuk tampil menyumbang di pusat pendermaan darah di sini atau terus ke pusat kutipan darah statik di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya seperti di bawah;

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
– Isnin-Jumaat: 7.30 pagi – 8.00 malam
– Sabtu-Ahad: 8.00 pagi – 6.00 petang

2. Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall, Lot 063, Tingkat 3 (Mezzanine), Sebelah Daiso Japan
Waktu operasi:
– Isnin – Ahad : 10.00 pagi – 9.00malam

3. Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Lot PT 2280-2283 Persiaran Seri Perdana, Precint 10 Putrajaya
Waktu operasi:
– Isnin – Ahad: 10.00pagi – 6.00petang

Penderma darah bagi kumpulan darah positif juga boleh teruskan pendermaan untuk menampung permintaan bekalan darah yang berterusan dan memastikan paras bekalan darah sentiada pada tahap yang baik.

Sumber: Pusat Darah Negara

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.