Di zaman yang semakin moden hari ini, telefon bimbit atau telefon pintar sudah menjadi satu keperluan dan bukan lagi kemahuan. Setiap orang perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit sendiri. Bagi penunggang motosikal atau biasa disebut sebagai moto, mereka gemar meletakkan telefon bimbit masing-masing di dalam raga moto, kerana beranggapan telefon tidak mungkin akan rosak jika disimpan sebegitu.
Bagi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan sebagai abang Food Panda dan sebagainya, penggunaan telefon bimbit amatlah penting. Umumnya, kita tahu ini merupakan pekerjaan yang agak lasak dan faktor keselamatan termasuklah peranti seperti telefon bimbit amatlah perlu diutamakan.
Dalam era yang semakin membangun, semua barangan telah naik harga menjadi lebih mahal termasuklah teknologi. Bukan mudah untuk rakyat marhaen seperti kita untuk dapatkan sebiji telefon pintar.
Penunggang-penunggang motosikal biasanya akan meletakkan telefon bimbit mereka di dalam raga motosikal, tindakan ini adalah salah satu punca telefon bimbit rosak pada bahagian kamera yang kerap berlaku pada penunggang motosikal, merujuk perkongsian dari pengguna TikTok Az Mobile Cheras.
Menerusi perkongsian video tersebut, kamera telefon yang kerap diletakakkan di dalam raga moto akan menyebabkan bergegar dan kabur. Disebabkan itu mereka perlu menukar kamera telefon mereka kepada yang baru di mana kamera yang dilengkapi dengan sistem bokeh yang telah tersedia pada kebanyakan telefon pintar menelan kos yang agak tinggi.
Mungkin, cakap-cakap yang anda pernah dengar dahulu bahawa peralatan elektronik tidak boleh dibiar bergegar untuk tempoh yang lama kerana boleh menyebabkan peranti berkenaan mengalami kerosakkan mungkin ada benarnya juga.
Untuk informasi lanjut dan lebih terperinci, anda boleh tonton video yang telah kami sertakan di bawah. Semoga bermanfaat.
@azmobilecheras Tolong share pada sahabat2 rider kita gais please 🙏🏻 aku kesian bila pagi sampai malam ride cari duit tapi habis dekat tukar camera baru 😭 sehari punya gaji kadang2.
Sumber: AZ Mobile Cheras