Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

”Ramai-ramai Artis, Kak Diba Je Balas“, Kongsi Kad Raya 7 Tahun Lalu, Ucapan Arwah Adibah Noor Undang Sebak

Nurul Nazihah
pemergian adibah noor
Sumber: norajannah88

Pada 18 Jun 2022 yang lalu, perginya seorang tanah air Malaysia, Allaryarhammah Adibah Noor Mohamed Omar atau mesra dipanggil Adibah Noor yang sangat dikasihi oleh orang ramai. Pemergian Allahyarhammah memberi impak yang sangat mendalam. Bukan sahaja kepada keluarga, selebriti atau orang terdekat. Malah, rakyat Malaysia juga turut terkilan dengan kehilangan Allahyarhammah.

Beliau yang dikenali sebagai penyanyi, pelakon serta pengaraca majlis tersohor negara telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat menghidap penyakit kanser ovari tahap empat. Pemergian Arwah Adibah Noor mengejutkan banyak pihak kerana ramai tidak menyangka, insan yang periang dan pemurah hati itu dalam diam menanggung penderitaan sendiri.

Seperti yang diketahui, Allahyarhammah banyak jasanya kepada orang ramai. Termasuk juga dalam memberikan kebahagiaan kepada manusia. Malah, kebaikan Allahyarhammah turut dijadikan bualan orang, persis peribahasa Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Tatkala sedang menatap aplikasi TikTok, satu perkongsian yang menarik telah membuatkan mata netizen tertancap pada skrin yang mana telah dikongsikan oleh saudari Norajannah mengenai kad ucapan raya yang dihantar oleh Allahyarhammah kepadanya. Difahamkan kad raya tersebut telah disimpan olehnya selama tujuh tahun.

Menurutnya, dia telah menghantarkan banyak kad ucapan hari raya kepada artis-artis yang lain. Namun, hanya Allahyarhammah sahaja yang membalas kad ucapan yang telah dihantar.

Video yang dimuatnaik oleh Norajannah itu memperlihatkan sekeping kad raya daripada Allahyarhammah dengan menjadikan lagu terlalu istimewa dari Adibah Noor sebagai lagu latarnya.

Sejajar dengan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada arwah dengan menyatakan arwah terlalu istimewa serta mendoakan semoga arwah tenang di sana.

Rata-rata ‘netizen’ di ruangan komentar juga turut mendedahkan satu persatu kenangan yang kekal segar-bugar di dalam ingatan mereka bersama Allahyarhammah.

BACA: Mahkamah Bebaskan Samirah Muzaffar & Dua Remaja Atas Tuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

Benarlah, amalan baik yang kita lakukan di dunia akan menjadi bualan orang apabila kita meninggal dunia kelak. Pemergian arwah Adibah Noor hingga ke saat ini masih lagi dirasai oleh semua pihak, bukan sahaja kepada para peminatnya bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sumber: norajannah