Siakap Keli

Nantikan Sidang Media Khas Perdana Menteri, 4.00 Petang Ini

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan satu sidang media khas secara langsung pada pukul 4 petang ini, Rabu, 22 Jun 2022.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri melalui satu tweet di laman twitter rasmi beliau sebentar tadi.

Difahamkan, sidang media berkenaan akan disiarkan secara langsung di RTM, BERNAMA dan di laman facebooknya.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut dikongsikan berkenaan intipati sidang media tersebut.

Berita lanjut menyusul.

 

Faiz Mustafa

" "