Siakap Keli
pesawat terhempas & terbakar
Gambar Via Sky News

Pesawat Bawa 126 Penumpang ‘Terhempas’ & Terbakar, Gear Pendaratan Gagal Berfungsi

Sebuah pesawat yang membawa 126 penumpang dilaporkan telah terhempas ketika ingin mendarat di Lapangan Terbang Miami dan terbakar, semalam.

Memetik laporan Sky News, pesawat Red Air MD-82 itu dilaporkan terpaksa mendarat secara terhempas dan ‘tergelincir’ di landasan sebelum ‘merempuh’ menara komunikasi dan terus terbakar.

Difahamkan, kapal terbang tersebut baru tiba dari Santo Domingo, Republik Dominica dan mengalami masalah pada gear pendaratan, yang dikatakan gagal berfungsi.

Menerusi gambar dan video yang dimuat naik di media sosial, bahagian hadapan pesawat itu kelihatan hancur dan sayap kirinya pula terbakar.

Sementara itu, tiga orang penumpang dilaporkan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana cedera ringan.

“Saya sangka saya akan mati, saya memeluk seorang lelaki tua di sebelah saya ketika kejadian. Ia sangat mengerikan.

“Kami berlanggar dari sisi ke sisi dan semua tingkap seperti telah pecah. Kemudian orang ramai mula berlari kerana ada kebakaran,” kata seorang penumpang.

@utusantvofficial

Tiga penumpang cedera, kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Amerika Syarikat. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Pegawai lapangan terbang dalam satu ciapan di Twitter berkata kegagalan gear pendaratan hadapan di ‘hidung’ pesawat disyaki menjadi punca kebakaran tersebut.

Dalam pada itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata satu pasukan telah ditubuhkan untuk menyiasat kebakaran itu.

Sumber: Sky News

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Sofea Shahira

There's always another side to every story

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "