Siakap Keli
raya haji uae
Gambar: The National

Emiriah Arab Bersatu Dijangka Sambut Raya Haji 9 Julai – Balai Cerap UAE

Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkemungkinan akan disambut pada hari Sabtu, 9 Julai 2022, lapor Gulf News.

Pihak Balai Cerap Angkasa Abu Dhabi, Balai Cerap Al Sadeem berkata bahawa anak bulan Islam Zulhijjah akan muncul pada 29 Jun (Rabu), yang menandakan hari terakhir Zulkaedah.

Menurut balai cerap itu, 30 Jun (Khamis) akan menjadi hari pertama Zulhijjah. Manakala, 8 Julai pula akan menjadi hari Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.

Berikutan itu, Hari Raya Haji 2022 di UAE akan disambut pada hari 9 Julai (Sabtu) kerana ia sentiasa jatuh pada 10 Zulhijjah.

Sementara itu, rakyat UAE dilapor akan mendapat cuti selama empat hari sempena perayaan tersebut termasuk cuti Hari Arafah iaitu daripada 8 Julai hingga 11 Julai.

Hari Raya Aidiladha atau juga disebut sebagai Hari Raya Korban memperlihatkan umat Islam menyembelih haiwan ternakan iaitu kambing, biri-biri, lembu dan unta.

Sumber: Gulf News 

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea Shahira

There's always another side to every story

" "