Siakap Keli
hotel tanpa bilik
Gambar: Daily Mail

“Tidur Bukanlah Tujuannya,” Lelaki Bina Hotel ‘Tanpa Bilik’, Caj RM1,485 Semalam

“Tidur Bukanlah Tujuannya,” Lelaki Bina Hotel ‘Tanpa Bilik’, Caj RM1,485 Semalam

SWITZERLAND – Sebuah hotel tanpa bilik yang terletak bersebelahan dengan stesen minyak bakal disewakan dengan harga RM 1,485 (£275).

Menurut Daily Mail, tujuan Patrik dan kembarnya, Frank mengusahakan hotel tersebut adalah untuk membuat para tetamu memikirkan tentang masalah di dunia.

Lazimnya, pengusaha hotel yang lain pasti geram apabila sering berhadapan dengan rungutan pelanggan yang sukar tidur kerana suasana yang bising.

Namun bagi saudara kembar itu, rungutan tersebut telah menjadi inspirasi dan pencetus bagi pembukaan hotel mereka.

Pada dasarnya, bilik yang dicaj dengan harga RM 1,485 itu hanya memiliki sebuah katil ‘queen’ dan dua meja sisi yang dilengkapi lampu.

Bilik yang disewakan itu tidak memiliki dinding, siling mahupun pintu yang boleh dijadikan sebagai ruang privasi atau tempat perlindungan.

Sebelum ini, mereka telah mencipta ‘bilik’ yang serupa di tempat yang indah, namun ini adalah tapak ‘anti-indah’ ​​pertama mereka.

“Tidur bukanlah tujuannya, apa yang penting ialah memikirkan keadaan dunia,”  kata Frank Riklin.

Tetamu dijemput untuk membincangkan topik seperti perubahan iklim, peperangan, dan sikap manusia yang tidak berkesudahan untuk mencapai kesempurnaan sehingga berlakunya kerosakan pada planet ini.

“Ringkasnya, sekarang bukan masa untuk tidur, kita perlu buat sesuatu,” kata Patrik Riklin.

Antara kawasan yang turut menjadi tempat projek mereka terletak di ladang anggur dan di lereng bukit.

‘Bilik’ mereka bakal disertakan dengan perkhidmatan butler yang akan menyediakan minuman dan sarapan pagi bermula 1 Julai hingga 18 September.

Kredit: Daily Mail

Nurfatihah Shahirah Azzuddin