Siakap Keli

Saintis Temui Bakteria Dipercayai Terbesar Di Dunia, Bakteria Pertama Dapat Dilihat Dengan Mata Kasar

Saintis dilapor berjaya menemui bakteria dipercayai terbesar di dunia, dikenali sebagai Thiomargarita. Bakteria berkenaan dilaporkan mempunyai saiz kira-kira 50 kali lebih besar berbanding baktera lain dengan panjang 1 cm.

Para saintis menemui bakteria tersebut dalam bentuk filamen putih sebesar bulu mata manusia di sebuah paya, Guadeloupe, di Perancis. Secara tidak langsung, ianya dapat diklasifikan sebagai bakteria pertama yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Bakteria tersebut telah dijumpai pada permukaan daun bakau yang mereput di paya laut tropika cetek. Penemuan itu sangat mengejutkan kerana menurut model metabolisme sel, bakteria sepatutnya tidak berkembang sebesar ini.

“Sebagai konteks, ia akan menjadi seperti seorang manusia yang bertemu dengan seorang lagi manusia lain setinggi Gunung Everest,” kata Jean-Marie Volland, seorang saintis di Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley, pengarang bersama yang menerbitkan kajian tersebut.

Organisma itu ditemui oleh Olivier Gros, seorang profesor biologi marin di Université des Antilles, Guadeloupe, Perancis, semasa mencari bakteria simbiotik dalam ekosistem bakau. Beliau mengakui merasa sangat aneh apabila melihat bakteria tersebut.

Makmal itu mula-mula menjalankan analisis mikroskopik untuk menentukan bahawa helai itu adalah sel tunggal. Pemeriksaan lebih dekat juga mendedahkan struktur dalamannya yang turut dianggap pelik.

Kebanyakan DNA dalam bakteria, ianya terapung bebas di dalam sel. Thiomargarita magnifica nampaknya memastikan DNA mereka lebih teratur di dalam petak dengan mengikat membran di seluruh sel. Hal ini menunjukkan, sesuatu yang tidak dijangka wujud di bakteria tersebut.

Bakteria itu juga didapati mengandungi tiga kali lebih banyak gen daripada kebanyakan bakteria dan ratusan ribu salinan genom tersebar di seluruh setiap sel. Sekali gus, menjadikannya kompleks yang luar biasa.

Para saintis masih belum dapat memastikan bagaimana bakteria itu dapat berkembang menjadi begitu besar. Namun, berkemungkinan ia menyesuaikan diri untuk mengelak dari pemangsa.

Walau bagaimanapun, menjadi besar bermakna Thiomargarita magnifica akan kehilangan beberapa kelebihan tradisional bakteria, termasuk dapat bergerak secara unik dan menjelajah ceruk baharu.

Bakteria tersebut masih belum ditemui di lokasi lain dan telah hilang dari tapak asal apabila penyelidik kembali semula ke tempat itu. Ini bermakna mungkin ianya satu organisma yang hadir mengikut musim.

Di dalam jurnal sains, penulis menyimpulkan bahawa ia adalah bakteria terbesar pernah ditemui.

 

 

BACA: Dunia Sambut Hari Vitiligo Sedunia Hari Ini, Kenali Apa Itu Penyakit Vitiligo

BACA: Kuwait Umum Cuti Sembilan Hari Untuk Penjawat Awam Sempena Aidiladha

Sumber: The Guardian

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.