China kini dilaporkan sedang bergelut dengan cuaca ekstrem, yang menyaksikan berlakunya banjir terburuk dan gelombang haba yang tinggi di wilayah tengah dan utara negara itu.
Memetik laporan New York Times, paras air di lebih seratus sungai di seluruh negara telah meningkat melebihi paras amaran banjir.
Pihak berkuasa di Wilayah Guangdong pada Selasa telah meningkatkan amaran ke tahap tertinggi selepas hujan dan banjir selama berhari-hari.
Keadaan itu menyebabkan sekolah ditutup dan operasi perniagaan serta pengangkutan awam terganggu.
Malah banjir itu juga telah menjejaskan hampir setengah juta penduduk di selatan China.
Jabatan pengurusan kecemasan Guangdong berkata bahawa hujan telah menjejaskan 479,600 orang, merosakkan hampir 30 hektar tanaman dan menyebabkan lebih 1,700 rumah runtuh dengan kerugian berjumlah $261 juta.
Sementara itu, Balai Cerap Meteorologi Pusat berkata negara itu telah bergelut dengan banjir musim panas selama berabad-abad.
Tetapi banjir tahun ini bertepatan dengan gelombang haba yang melanda bahagian utara negara itu, di mana hujan lebat juga diramal akan berlaku dalam beberapa hari akan datang.
Suhu cecah paras tertinggi
Difahamkan, suhu pada Selasa lalu telah mencecah paras tertinggi iaitu 104 darjah Fahrenheit di sembilan wilayah utara dan tengah.
Di Henan pula, suhu permukaan tepi jalan mencatatkan 165 darjah Fahrenheit sehingga menyebabkan berlakunya keretakan pada jalan yang menyerupai kesan gempa bumi.
Dalam pada itu, media sosial dipenuhi dengan pelbagai gambar dan video yang menyaksikan keadaan banjir di negara tersebut yang berlarutan sejak beberapa hari yang lalu.
Dengan keadaan air banjir yang deras, kelihatan pasukan penyelamat sedang berusaha untuk menyelamatkan penduduk yang terkandas di dalam rumah dan kereta.
The moment a woman was saved from rushing flood waters in China https://t.co/nqBAajTeAB pic.twitter.com/s6jsuz8uRv
— BBC News (World) (@BBCWorld) June 25, 2022
https://www.facebook.com/PeoplesDaily/posts/pfbid02By7nA1tfqe2E69JFyNcyb3Z7hcDth27KRLmjebTtwGG4q9kUm5niXmrvA5wTHPmhl
https://www.facebook.com/echinanews/posts/pfbid02V4XVpbjdjsMvfepDYY5xC4P6RmTcNu9VSv4JfTgFAubVprStCMnnEpXVACf2SH9pl
Floods in Shaoguan, Guangdong. With global warming, nature is attacking human society. pic.twitter.com/mGk8byWYtf
— JayPro (@JayPro_China) June 20, 2022
Menurut laporan, Perdana Menteri, Li Keqiang berkata bahawa negara itu perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran arang batu untuk mengelakkan gangguan bekalan elektrik.
Bencana ini dikatakan berpotensi untuk berlanjutan selama beberapa minggu, seperti yang berlaku pada tahun lalu sehingga mengorbankan ratusan orang.
Sumber: New York Times