Siakap Keli
filem mat kilau
Gambar: Facebook GSC, Instagram adpadiputra

Semakin ‘Laku Keras’, Kutipan Filem Mat Kilau Cecah RM11 Juta Setakat 9 PM Tadi

Filem inspirasi sejarah pahlawan Melayu, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan terus ‘laku keras’ mendapat sambutan apabila kutipan tiket terkininya mencecah RM 11 juta setakat 9 malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinema (GSC)  yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, GSC.

Sudah tidak dinafikan lagi Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah menarik perhatian ramai penggemar filem tanah air negara khususnya pencinta sejarah kepahlawanan Melayu terdahulu.

Hasilnya, ia telah mendapat RM11 juta dalam tempoh kurang dari empat hari sejak mula ditayangkan pada 23 Jun baru-baru ini.

Gambar: FB GSC

Sebelum ini, setakat siang tadi, filem karya Syamsul Yusof ini telah pun berjaya meraih RM 7 juta dalam masa tiga hari sahaja, kongsi TGV Cinemas.

Terdahulu, filem Mat Kilau yang menjadi fenomena ketika ini dalam mengembalikan nostalgia sejarah kebangkitan pahlawan-pahlawan Melayu telah mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman epik Melayu di Malaysia.

Menurut pengarahnya, Syamsul Yusof, Mat Kilau berjaya mencatat kutipan box office biarpun baru dua hari sahaja ditayangkan setakat Jumaat baru-baru ini.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Syamsul apabila filem terbitan bersama Kembara Studio dan Skop Productions itu telah mencatatkan kutipan sebanyak RM2.8 juta setakat Jumaat, di mana pada hari pertama tayangan sahaja mereka telah berjaya memperoleh RM1 juta.

Sumber: Facebook GSC

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?