Siakap Keli
filem mat kilau
Gambar: TGV Cinemas

Filem Mat Kilau Raih RM7 Juta Dalam Masa 3 Hari

Selepas ditayangkan pada 23 Jun lalu, filem inspirasi sejarah Mat Kilau karya Syamsul Yusof berjaya raih RM 7 juta dalam masa tiga hari sahaja, lapor TGV Cinemas.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik oleh Tanjong Golden Village (TGV) Cinemas di laman Facebook menyatakan filem itu mendapatkan sambutan yang amat memberangsangkan.

“Takbir! #FilemMatKilau berjaya meraih RM7 JUTA dalam masa tiga hari!

“TERIMA KASIH MALAYSIA di atas sokongan padu anda terhadap filem tempatan kita. Siapa yang belum tengok, boleh pergi beli tiket,” tulis kenyataan yang dimuat naik TGV.

Terdahulu, filem Mat Kilau yang menjadi fenomena ketika ini dalam mengembalikan nostalgia sejarah kebangkitan pahlawan-pahlawan Melayu telah mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman epik Melayu di Malaysia.

Menurut pengarahnya, Syamsul Yusof, Mat Kilau berjaya mencatat kutipan box office biarpun baru dua hari sahaja ditayangkan setakat Jumaat baru-baru ini.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Syamsul apabila filem terbitan bersama Kembara Studio dan Skop Productions itu telah mencatatkan kutipan sebanyak RM2.8 juta setakat Jumaat, di mana pada hari pertama tayangan sahaja mereka telah berjaya memperoleh RM1 juta.

Sumber: Facebook TGV Cinemas

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?