Siakap Keli
Mat Kilau

Baru Dua Hari Tayang Dah “Box Office”, Mat Kilau Kutip RM 2.8 Juta Setakat Ini

Mat Kilau, filem yang menjadi fenomena ketika ini yang mengembalikan nostalgia sejarah kebangkitan pahlawan-pahlawan Melayu telah mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman epik Melayu di Malaysia. Mat Kilau juga berjaya kutipan box office biarpun baru dua hari sahaja ditayangkan setakat Jumaat.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof apabila filem terbitan bersama Kembara Studio dan Skop Productions telah mencatatkan kutipan sebanyak RM2.8 juta setakat Jumaat di mana hari pertama tayangan sahaja mereka telah berjaya memperoleh RM1 juta. 

“Maka dengan ini Mat Kilau menjadi filem epik pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sebagai “Filem epik Melayu dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah”.

“Alhamdulillah untuk segalanya. 

“Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa. Dengan itu, kita harus berbangga. Tahniah kepada semua team prodiksim,” tulis Syamsul menerusi lama Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, pengarah muda ini juga turut meluahkan rasa kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membocorkan keratan babak yang terdapat dalam filem tersebut. 

Beliau mendedahkan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat memuat naik klip video berkaitan filem tersebut yang berdurasi lebih lima saat itu. 

Filem tersebut dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat termasuk Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Farah Ahmad, Yayan Ruhian dan ramai lagi. 

Mat Kilau telah mula ditayangkan di pawagam pada 23 Jun lalu. 

BACA: Masjid Al-Aqsa Mungkin Runtuh, Israel Dipercayai Gali Tapak Bawah Masjid

BACA: “Ya Allah, Anak Aku”, Luruh Jantung, Ibu Panik Anak Sulung Ada Mild Autism Campak Adik Atas Lantai

Sumber: Syamsul Yusof (Instagram) 

Faiz Mustafa