Siakap Keli
Abang Campak Adik

“Ya Allah, Anak Aku”, Luruh Jantung, Ibu Panik Anak Sulung Ada Mild Autism Campak Adik Atas Lantai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seeorang ibu berkongsi detik cemas dan situasi panik dimana kakak, iaitu anak sulung yang merupakan seorang pengidap mild autism dilihat campak adik ke atas lantai.

Benarlah kata orang, menjadi seorang ibu bapa bukan satu hal yang mudah. Lebih-lebih lagi ketika mereka di awal usia kanak-kanak, banyak kerenah dan tindak tanduk yang sangat-sangat perlu diberi perhatian kerana bimbang akan berlaku hal yang tidak diingini.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu menerusi video TikToknya baru-baru ini yang mempunyai dua orang anak yang kedua-duanya masih kecil yang naif, tidak mengerti apa-apa.

Menerusi video TikTok Amiera Baharom, kelihatan anak sulungnya, Amilia yang berusia empat tahun yang juga menghidapi mild autism telah melakukan sesuatu di luar jangkaan kepada adiknya yang baru sahaja dilahirkan pada 5 Jun 2022 yang lalu, Amina. Dia mengangkat adiknya lalu dilihat campak ke lantai.

BACA JUGA: Kanak-Kanak Tertusuk Sengat Ikan Keli Di Dada Ketika Memancing

Pada awalnya, bapanya cuba untuk memberikan amaran kepada anaknya itu, namun tidak diendahkah. Walaupun begitu, Amiera tidak menyalahkan anaknya itu kerana masih kacil. Ia adalah satu pengajaran kepada dia dan juga para ibu bapa diluar sana supaya lebih cakna dengan tingkah laku anak masing-masing.

”Kami akui kesilapan kami sebab letak Amina kat situ. Benda nak jadi, kami sendiri pun tak jangka semua ini,” katanya.

Selepas di bawa ke hospital, Amiera memaklumkan bahawa anaknya itu dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak ada sebarang luka.

”Apa pun, pada yang tidak tahu, anak sulung saya Amilia ada mild autism. Ini mungkin salah satu sebab dia bertindak macam itu.

”Percayalah, dia sebenarnya sayang adik dia,” kata ibunya lagi.

Ikuti video yang telah kami kongsikan sebagai satu bentuk pengajaran kepada kita untuk lebih cakna dan berhati-hati dengan sikap anak yang masih kecil.

Kita tidak tahu apa yang mereka fikir dan mereka juga tidak tahu tindakan itu boleh memudaratkan orang lain.

@amierabaharom

Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

BACA: Anak Penceramah Terkenal Indonesia Maut, Abang Tak Sengaja Tertembak Guna Senjata Api Pengawal

BACA: Harta Dianggarkan Lebih 400 Bilion Dollar, Kenali Raja Emas, Mansa Musa Dipercayai Manusia Terkaya Sepanjang Zaman

Sumber: Amiera Baharom (TikTok)

Faiz Mustafa