Siakap Keli
gelanggang laga lembu
Gambar Via Daily Mail

Detik Cemas Pentas ‘Roboh’ Tular, Empat Dilapor Maut Puluhan Lagi Cedera Parah Akibat Tertimbus

Sekurang-kurangnya empat orang termasuk kanak-kanak dilaporkan maut manakala puluhan lagi mengalami kecederaan parah selepas pentas utama di gelanggang laga lembu di Colombia runtuh semalam, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian yang berlaku di pusat bandar El Espinal itu,  pentas tiga tingkat yang diperbuat daripada kayu dilihat dipenuhi dengan penonton sebelum runtuh dan menghempas ke tanah.

Detik-detik kejadian tersebut sempat dirakam dan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman itu, keadaan dilihat sangat huru-hara, di mana orang ramai bertempiaran lari untuk mengelak daripada runtuhan tersebut dan dalam masa yang sama seekor lembu jantan masih lagi berkeliaran di dalam kawasaan gelanggang itu.

“Terdapat empat orang yang meninggal dunia setakat ini iaitu dua wanita, seorang lelaki dan seorang lagi kanak-kanak.

“Manakala kira-kira 30 orang cedera parah.. itu laporan awal,” kata Gabenor Jabatan Tolima, Jose Ricardo Orozco.

Menurutnya, kakitangan perubatan masih memindahkan mangsa yang cedera ke hospital tempatan untuk rawatan.

Sementara iu, pegawai pertahanan awam tempatan, Luis Fernando Velez berkata pihaknya tidak tahu berapa ramai yang masih tertimbus di dalam serpihan di tempat kejadian.

Acara yang diadakan itu adalah sebahagian daripada perayaan San Pedro yang paling popular di rantau ini. Ia memperlihatkan orang ramai berhadapan dengan seekor lembu jantan kecil.

Dalam pada itu, Presiden Colombia, Ivan Duque mengarahkan agar siasatan berkaitan kejadian itu dijalankan.

Beliau juga menyatakan solidaritinya kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

BACA: (Video) Bayi ‘Ajaib’ Terselamat, Bumbung Runtuh Dihempap Pokok Ketika Sedang Tidur

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story