Siakap Keli
dana tambahan skim pembiayaan
Gambar: Bernama

Kerajaan Lulus Dana Tambahan RM100 Juta Untuk Skim Pembiayaan Informal & Mikro – PM

Kerajaan meluluskan dana tambahan untuk Skim Pembiayaan Informal & Mikro berjumlah RM100 juta, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan ringkas Bernama di Twitter, kerajaan juga turut meluluskan dana tambahan untuk Program Peningkatan Enterpris Bumiputera sebanyak RM30 juta.

“Usahawan diseru ambil peluang disediakan kerajaan bagi proses peralihan perniagaan konvensional kepada adaptasi teknologi dan digitalisasi.

Prospek pemulihan ekonomi negara dijangka terus berkembang kesan daripada pembukaan sempadan antarabangsa,” umum Ismail, memetik Bernama.

Dalam pada itu, tambah Ismail, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kekal signifikan kepada pengembangan ekonomi negara walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Demikian adalah antara petikan pengumuman Ismail seperti yang dilaporkan dalam laporan ringkas di Twitter Bernama sebentar tadi.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Bernama

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'