Siakap Keli
tembak mati pekerja restoran
Gambar: Daily Star

Berang Dapat Sandwich Mayonis ‘Lebih’, Lelaki Nekad Tembak Mati Pekerja Restoran

Berang Dapat Sandwich Mayonis ‘Lebih’, Lelaki Nekad Tembak Mati Pekerja Restoran

AMERIKA SYARIKAT – Seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera telah ditembak mati oleh pelanggan gara-gara terletak mayonis dalam kuantiti yang banyak pada sandwichnya.

Menurut akhbar Daily Star, insiden tragis itu berlaku di salah satu cawangan restoran sandwich terkemuka yang terletak di Atlanta, Georgia pada Ahad lalu.

Pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian susulan menerima laporan mendapati, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 26 tahun telah mati di tempat kejadian dengan kesan tembakan manakala seorang lelaki berusia 24 tahun cedera parah.

Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun itu telah ditahan berhubung insiden terbabit.

Menurut polis, tiada satu antara mereka yang terlibat dapat dikenal pasti oleh pihak polis.

Willie Glenn, pemilik cawangan restoran, memaklumkan kepada media bahawa mayonis yang diletakkan pada sandwichnya itu memang terlalu banyak.

“Percaya atau tidak, mayonis yang diletakkan itu memang agak banyak.

“Dia memutuskan untuk memburukkan lagi keadaan dan ketika itulah segalanya terjadi,” ujar Glenn.

Glenn turut menambah bahawa anak lelaki kepada pekerja yang cedera tersebut turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.

Pengurus yang bertugas pada ketika itu juga dilaporkan telah membalas tembakan namun tidak mengenai sasaran.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di dunia ini terutamanya dengan remaja kita. Mereka sangat baran,” sambungnya.

“Semua orang mahu membawa pistol. Semua orang mahu menakutkan seseorang dengan pistol. Ia amat menakutkan.”

Ketua Polis Interim Darin Schierbaum mengesahkan bahawa motif insiden itu adalah disebabkan berlakunya pertengkaran.

“Pertengkaran telah membawa kepada salah seorang mengangkat senjata dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan berlakunya kematian dan kecederaan.”

“Kita mampu menumpaskan operasi dadah yang menjerumus ke arah jenayah kekerasan, kita mampu tumpaskan organisasi geng yang membiakkan jenayah kekerasan.

“Kita juga berjaya hentikan rompakan yang menggunakan kekerasan,  tapi kita tidak berjaya menghalang seseorang yang marah kerana dapat terlalu banyak mayonis dalam sandwic mereka,” ujarnya.

Sumber: Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.