Lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana sebabkan anak saudara kritikal kerana dadah
Kota Bharu – Seorang lelaki yang dilaporkan menyebabkan seorang kanak-kanak lembam kritikal akibat kandungan dadah dalam badan telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.
Memetik laporan Astro Awani, lelaki itu yang juga merupakan bapa sepupu kepada mangsa turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam.
Dia yang berusia 32 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan iaitu didakwa mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada sesuatu yang berbahaya terhadap tubuh badan iaitu dadah berbahaya jenis metamphetamine dan morfin sehingga menyebabkan mangsa mengalami drug toxicity.
Selepas itu hukuman terhadapnya telah dijatuhkan oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Tertuduh juga telah didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) akta sama apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pihak Hospital Gua Musang telah menerima pesakit kanak-kanak (mangsa) dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 19 Jun lalu.
Selepas menjalani ujian saringan air kencing, kanak-kanak itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morfin serta dipercayai terlebih dos hingga kritikal.
Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu telah dibawa keluar oleh tertuduh ke sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai pada 18 Jun lalu.
BACA JUGA:Kanak-kanak Kritikal Ada Dadah Dalam Badan
Sumber: Astro Awani
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%