Siakap Keli

Misteri, Kewujudan Kotak Oren ‘Gergasi’ Di Tengah-tengah KL Buat Warganet Risau, Rupa-rupanya…

Baru-baru ini muncul satu rakaman yang memaparkan kotak oren ‘gergasi’ di tengah-tengah Kuala Lumpur. Begitulah setiap hari, ada sahaja perkara misteri yang menyelubungi fikiran kita. Sama ada berdekatan kita ataupun jauh, kita pasti akan cuba untuk mencari apa sebenarnya disebalik misteri tersebut.

Malahan, sekiranya perkara atau benda misteri tersebut boleh mendatangkan tanda tanya, kemungkinan ianya akan membawa berita gembira atau berita buruk. Baru-baru ini muncul satu video di laman Twitter memaparkan sebuah kotak besar ‘misteri’ yang muncul di hadapan The Starhill.

Seperti semua tahu, Kuala Lumpur atau KL merupakan bandar yang sentiasa sibuk dengan orang. Namun, bagaimana kotak sebesar itu boleh berada betul-betul di hadapan Starhill?

Rakaman tersebut juga telah mencetuskan pelbagai pandangan daripada warganet ketika menurunkan komen.

Antaranya ialah “Besarnya kotak ni, ada apa dalam ni agaknya”, “Harap-harap tiada perkara buruk berlaku”, “Pelik, kenapa kotak sebesar ni boleh ada betul2 depan Starhill”, “Ish takut lah mana tahu kalau ada ancaman apa2 kat dalam kotak ni”.

 Kotak Oren ‘Gergasi’ myTukar (myTukar Orange Box)

Rupa-rupanya, kotak misteri tersebut adalah myTukar Orange Box yang membawakan berita gembira buat orang ramai. Kewujudan kotak misteri tersebut adalah untuk memudahkan orang ramai mengimbas kod dan sign up bagi memenangi hadiah yang istimewa. Kotak ni bukan ada kat satu tempat ja, tapi pernah juga di beberapa tempat di Johor Bahru, Putrajaya malah juga di Penang. Sekarang pula, kotak Oren myTukar sedang berada di One Utama, Petaling Jaya sehingga 30 June.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang nampak kereta 4×4 yang membawa Orange Box tersebut yang sedang mengelilingi Semenanjung Malaysia buat masa ini. Antara yang berjaya dirakam pergerakan kenderaan 4×4 yang membawa kotak oren ini adalah di sekitar Alor Setar, Kedah.

Untuk pengetahuan anda juga, Instafamous Harris Annuar juga telah menjumpai kotak besar berkenaan di hadapan The Starhill. Kalau tak percaya, boleh tengok dalam perkongsiannya di Instagram.

Macam yang Harris Annuar katakan, anda ada peluang untuk menangi hadiah misteri daripada myTukar, tapi kenalah bagi maklumat anda di dalam pautan INI dulu.

kotak oren gergasi

Macam mana nak menang tu? Caranya mudah sahaja. Apa yang anda kena buat ialah hanya dengan ambil gambar kotak oren tersebut dan imbasnya. Kemudian, anda hanya perlu sign up supaya anda berpeluang memenangi hadiah menarik.

Katakanlah kalau anda tak jumpa kotak tu, anda jangan risau. Anda hanya perlu klik di pautan yang disediakan ini untuk mula sign up. Lebih banyak anda mendaftar, lebih banyak peluang untuk anda menang hadiah.

Pemenang akan diumumkan pada 8 Julai 2022.

Apa itu myTukar?

Asyik bercerita tentang myTukar Orange Box, anda pasti tertanya-tanya, apa dia myTukar tu? Untuk maklumat anda, myTukar ialah platform jual beli kereta terpakai digital yang pesat membangun di Malaysia.

Selain itu, ia juga menghubungkan anda dengan rangkaian mereka di seluruh negara. Sama ada membeli atau menjual, mereka menyediakan perkhidmatan cekap dan telus yang mentakrifkan semula pengalaman membeli-belah automotif sebagai sebahagian daripada norma baharu.

Jadi, kalau lepas ni anda jumpa kotak oren ni janganlah pula anda takut. Sebabnya, ada berita gembira di sebaliknya. Sama-sama kita nantikan di page Instagram dan Facebook myTukar pada 1 Julai 2022 nanti untuk acara unboxing Orange Box mereka.

Ingat. Anda hanya perlu sign up dan ajak keluarga serta rakan-rakan anda untuk mendaftar dan unlock hadiah-hadiah yang lebih menarik.

Adib Mohd