Siakap Keli

Hormat Kontrak Dengan Mat Kilau, Yayan Ruhian Dedah Pernah Tolak Tawaran Berlakon John Wick 3

Filem Mat Kilau yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu menjadi fenomena peminat filem Tanah Air dengan lakonan hebat barisan pelakon Malaysia. Selain itu, kehadiran pelokan hebat dari Indonesia, Yayan Ruhian yang pernah muncul dalam John Wick 3 menyerlahkan lagi filem aksi fiksyen berlatar belakangkan sejarah ini. 

Nama Yayan Ruhian mula menjadi sebutan ramai menerusi filem aksinya, The Raid. Filem ini berjaya menduduki tempat ke-11 dalam carta filem Hollywood. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai pembikin filem dunia mahukan dia beraksi dalam filem mereka. Termasuklah Chad Stahelski. 

Memetik Tempo, Yayan dihubungi secara terus tanpa perlu menjalani uji bakat oleh pihak produksi filem John Wick 3: Parabellum di bawah arahan Stahelski. 

“Alhamdulillah saya tidak perlu melalui uji bakat. Jadi mereka hubungi terus dari sana untuk bersama-sama berada dalam filem ini,” katanya, lapor Tempo. 

Walau bagaimanapun, menurut Tempo, Yayan terpaksa menolak tawaran tersebut oleh kerana jadual penggambaran yang bercanggah dengan filem lain yang sedang dijalankan dari produksi filem Malaysia.

“Saya dihubungi pada April 2018 dan diminta menjalankan penggambaran pada Mei. Kebetulan tarikh itu bercanggah dengan penggambaran filem di Malaysia, Mat Kilau. Kerana perlu tetap bersikap profesional dengan kontrak yang lebih awal, jadi saya tolak,” jelasnya, lapor Tempo. 

Sedikit pun tidak mematahkan semangatnya, Yayan berkata segala rezeki telah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Rupa-rupanya, rezeki berada dalam filem tersebut memang berpihak kepadanya. Pihak produksi telah menelefon kembali untuk menyesuaikan jadual yang tepat untuknya di filem tersebut. 

“Bersyukur kalau memang ini sudah jalan yang diatur Allah. Padahal saya sudah maklumkan kepada pihak mereka tidak boleh, tapi empat hari selepas itu mereka hubungi semula untuk aturkan jadual yang sesuai,” katanya kepada Tempo. 

Filem John Wick 3: Parabellum telah ditayangkan di Indonesia pada 15 Mei 2019. Ia merupakan kesinambungan daripada kisah pengutip hutang yang dilakonkan oleh John Wick (Keanu Reeves) yang diburu oleh pembunuh upahan di seluruh dunia dan salah seorangnya dilakonkan oleh Yayan Ruhian. 

Dalam pada itu, lokanan mantap beliau dalam filem Mat Kilau mendapat perhatian orang ramai dengan watak antagonisnya yang sangat menyerlah. 

Yayan Ruhian juga sempat menziarah Makam Pahlawan Melayu tersebut, Mat Kilau di Kg. Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang sebelum berangkat pulang ke Indonesia. 

“Sebelum kembali ke Indonesia, menziarah ke Makam Pahlawan Mat Kilau di Kg Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. 

“Terima kasih kepada seluruh saudara-saudara di Malaysia, kami sudah diterima dengan baik di sini. Harap-harap boleh bersilaturahmi dan berjumpa lagi. Mohon maaf zahir batin jika ada silap dan khilaf,” tulisnya pada ruangan kapsyen. 

BACA: Rasmi, Aidiladha Jatuh 10 Julai

BACA JUGA: Budak 4 Tahun Maut, Mak Ayah Ziarah Kematian Saudara Terlupa Tinggal Anak Dalam Kereta

Sumber: Tempo, Instagram Bahasa Hanief

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.