Siakap Keli
Gambar: AWANI

Rasmi, Aidiladha Jatuh 10 Julai

Hari Raya Aidiladha bagi tahun ini secara rasminya jatuh pada tanggal 10 Julai 2022, umum Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Tuan Haji Mohd Aseral Bin Jusman.

Manakala 1 Zulhijjah 1443 Hijjrah pula jatuh pada 1 Julai 2022 iaitu Jumaat ini.

Beliau mengumumkan pengumuman rasmi tersebut dalam satu siaran langsung menerusi AWANI sebentar tadi.

Terdahulu, menurut kenyataan JAKIM petang tadi, keputusan serta kaedah penetapan tarikh tersebut adalah berpandukan cerapan anak bulan.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji/Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi),” maklumnya.

Sebelum ini, tarikh asal Aidiladha bagi tahun ini seperti yang sudah dijadualkan dalam kalendar adalah pada 10 Julai depan.

Bagaimanapun tarikh sebenarnya berdasarkan cerapan anak bulan yang diumumkan secara rasmi sebentar tadi adalah pada 10 Julai.

Sumber: AWANI

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.