Siakap Keli
pemandu 4x4 potong garisan berkembar
Gambar: TikTok aizat9395

Pemandu 4×4 Dipercayai Potong Di Garisan Berkembar Akan Dipanggil Polis

Pemandu pacuan empat roda (4×4) yang dipercayai potong garisan berkembar dalam satu kejadian di Jalan Janda Baik, Bentong di Pahang yang tular baru-baru ini akan dipanggil polis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mana-mana saksi kejadian juga turut diminta tampil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah menjalankan siasatan awal mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda dan akan memanggil pemandu tersebut untuk memberi keterangan.

“Jika didapati bersalah, pemandu pacuan empat roda tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah kaedah-kaedah lalu lintas 167/59 iaitu Rule 12(3)(A) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau boleh dikenakan penjara tidak melebih enam bulan,” katanya.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan raya tersebut dimohon untuk tampil memberi maklumat dan kerjasama kepada polis.

Dalam masa sama, semua pengguna jalan raya turut dinasihati agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah, serta tidak mementingkan diri sendiri.

Sebelum itu, tular di media sosial hari ini mengenai pemandu 4×4 terbabit yang disyaki potong garisan berkembar ketika melewati satu lokasi di Jalan Janda Baik.

 

Sumber Facebook Polis Bentong

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?