Siakap Keli

”Mohon Maaf Jika Perlahan, Saya Sedang Hamil“, Tampal Belakang Baju, Nota Ibu Ini Bikin Ramai Sebak

“Mohon maaf jika perlahan, saya sedang hamil,” itulah isi tulisan dari sekeping nota seorang wanita yang sedang menunggang motorsikal di atas jalan raya.

Kehidupan di muka bumi ini tidak akan pernah lari dari diuji oleh Tuhan. Setiap ujian yang diberikan adalah sebab kita mampu untuk mengharunginya walau sebesar tsunami yang menghentam dunia. 

Manusia itu diciptakan dengan corak kehidupan yang berbeza-beza, begitu juga dengan ujian. Setiap manusia itu diberikan ujian yang berbeza-beza mengikut kemampuan mereka. Meskipun ujian itu berat, terpaksa juga menempuh badai untuk terus berjuang hidup.

Begitulah kisah yang bakal Siakap Keli kongsikan pada hari ini. Kisah yang diambil dari petikan video menerusi laman TikTok warga Indonesia yang memaparkan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal.

“Luar biasa perjuangan ibu ini, semangat ya bu. Semoga sihat selalu, semoga bayi dalam kandungan kelak menjadi anak yang soleh dan solehah,” tulis pemilik akaun TikTok itu.

Mencuri perhatian dari video yang dimuat naik oleh Azhar Kamal, wanita itu menunggang motosikal dan pada bahagian belakang badannya terdapat satu nota yang ditampal dengan ayat yang meruntun bila jika kita membacanya.

“Mohon maaf jika perlahan, saya sedang mengandung,” tulis jelas nota itu.

@azharkamal2010

Semangat ya Bu. Semoga apa yang Ibu kerjakan menjadi barokah keluarga, sehat selalu buat Ibu dan semoga bayi yang di kandungan kelak menjadi anak sholen & sholehah.

♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher

Apa kata netizen?

Meneroka ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita ini yang kuat walaupun dalam keadaan sedang membawa satu lagi nyawa dalam rahimnya.

Berikut kami kongsikan juga kata-kata netizen dari video tersebut.

“Sedihnya kita tengok…”

“Memang sakit bila hamil naik motor…”

“Ibu-ibu di luar sana hebat…”

BACA: Tebal & Aneh, Fenomena Awan ‘Pelik’ Muncul Di Langit Gemparkan Warga Kota Kinabalu

BACA JUGA: Suami Isteri, Rakan Ditahan Bersama Ganja Bernilai RM33,813

Sumber: Azhar Kamal (TikTok)

Faiz Mustafa