Penduduk di salah sebuah blok apartmen di Delhi dilaporkan nekad sambut hari jadi seorang individu dipercayai pencuri yang cuba untuk memecah masuk salah sebuah rumah yang berkunci bersama dua orang lagi rakannya.
Saksi yang merupakan penduduk di kawasan tersebut menyedari kehadiran tiga orang lelaki yang sedang cuba untuk menceroboh flat yang masih berkunci, bergegas menangkap penjenayah itu.
Dua daripada mereka berjaya meloloskan diri dari tempat kejadian, manakala seorang daripada mereka yang merupakan paling muda berjaya diberkas oleh mereka.
Sebaik sahaja diberkas, dia mula menangis dan meminta maaf kepada orang ramai kerana hari tersebut merupakan hari lahirnya.
Oleh itu, penduduk memutuskan untuk sambut hari jadi pencuri itu dengan menempah sebiji kek dengan tulisan ‘Selamat Hari Lahir ‘Chor’ di atas dan membelai kepalanya.
Selain itu, alat-alat yang digunakan untuk memecah masuk ke dalam pangsapuri itu turut dipamerkan di sebelah keknya. Selepas si pencuri menghabiskan makanan dan pesta tersebut selesai, dia telah diserahkan kepada pihak polis.
BACA: Tular Foto Minyak Masak Hari Ini, Harga Minyak 5kg Didakwa Naik Jadi Lebih RM 40 Sebotol
BACA JUGA: Selepas Jokowi Jumpa Putin, Rusia Dilapor Sedia Buka Laluan Eksport Gandum Ukraine
Sumber: Tribune India