Siakap Keli

Tayangan Thor Love And Thunder Ditunda, Duit Akan Dipulangkan Jika Sudah Beli Tiket – GSC

Tayangan Marvel Thor: Love and Thunder di Malaysia yang sepatutnya dijadualkan pada 7 Julai 2022 ditangguh kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022.

Perkara ini disahkan oleh Golden Screen Cinema (GSC) dalam laman Facebook mereka sebentar tadi. Menurut GSC, pada sesiapa yang telah membeli tiket awal secara atas talian, wang anda akan dikembalikan dalam tempoh 14 hari bekerja. Anda tidak perlu melakukan apa-apa dan hanya perlu menunggu duit itu dikembalikan.

Jika anda telah membeli tiket melalui e-kiosk GSC, sila pulangkan tiket ke panggung berkenaan dan tuntut wang anda kembali dalam tempoh 14 hari. Pihak GSC memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Sumber: GSC

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)