Penduduk Kota Kinabalu digemparkan dengan fenomena awan berbentuk aneh dan pelik yang menyelubungi langit pagi tadi. Kejadian awan tebal berkenaan dipercayai adalah formasi awan arcus.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku sekitar 6.40 pagi tadi.
Melalu foto-foto yang tular di media sosial, jelas kelihatan bentuk awan berkenaan yang seakan-akan berlapis dan membentuk satu garis panjang yang membentang di atas beberapa bangunan serta di kawasan persisiran pantai.
Tidak dapat dipastikan sama ada awan berkenaan turut membawa kejadian hujan lebat ataupun kejadian-kejadian cuaca lain.


Bagaimanapun, melalui perkongsian-perkongsian netizen di media sosial, turut dilaporkan berlaku adalah kejadian angin pusar seakan puting beliung yang turut dikatakan berlaku di kawasan yang sama.
Fenomena awan arcus
Fenomena Awan Arcus ini berkait rapat sama seperti kejadian awan kumulonimbus (awan yang yang menimbulkan hujan lebat). Kedua-dua awan ini terbentuk akibat pertembungan udara panas dan sejuk, satu situasi yang menyebabkan atmosfera yang tidak stabil. Oleh kerana itu, cuaca di tempat berkenaan biasanya akan disusuli angin kencang, hujan lebat dan ribut petir akibat kehadiran awan-awan begini.
Namun begitu, fenomena awan kumulonimbus ini dikatakan satu kebiasaan di negara-negara tropika termasuk negara kita, Malaysia. Bagaimanapun, fenomena awan arcus ini merupakan suatu fenomena yang jarang berlaku. Oleh itu, tak hairanlah fenomena berkenaan menjadi tular di media sosial.
Sebelum ini, mengikut laporan Daily Star, fenomena ini juga turut terjadi di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Fenomena itu juga jarang berlaku di sana sehinggakan mereka turut berkongsi video tersebut di halaman Facebook mereka dengan menunjukkan bagaimana awan itu bergerak di langit Ohio.
@ieychaa.gadisdayak
BACA: Dulu Jadi ‘Rumah’ Harimau Malaya , Kini Terbiar Usang, Ini Sejarah Stadium Shah Alam
Sumber: Ang How Koo, ieychaa.gadisdayak