Siakap Keli
Awan 'bergolek'
Gambar via Janelle Paff Reed

‘Bergolek’ Seakan-Akan Tsunami, Awan Berbetuk Aneh Berjaya Dirakam

Dalam dunia ini, memang banyak hal-hal aneh yang berlaku dan mungkin tidak masuk akal pada pandangan kita. Namun, ia bukanlah perkara yang mustahil berlaku kerana itu semua kuasa Allah S.W.T yang kita perlu percaya dan beriman ke atasnya.

Terbaru, hal yang menakjubkan sekali lagi berlaku apabila awan di langit Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat bergerak seakan-akan ombak atau tsunami di lautan telah memberi sentuhan momen yang memukau mereka yang melihatnya.

Fenomena cuaca yang juga disebut sebagai awan ‘bergolek’ ini membuatkan semua yang melihatnya merasa kagum.

Menurut Met Office, memetik Daily Star, awan tersebut yang juga digelar awan Arcus dalam istilah rasmi biasanya diakitakan dengan fenomena lain seperti ribut petir yang kuat, angan bertiup kencang, hujan lebat atau hujan batu serta guruh dan kilat.

Isnin lalu, penduduk tempatan di Cincinnati telah menyaksikan pembentukan awan yang jarang berlaku di kawasan kejiranan mereka, lapor Daily Star.

Kemudian, mereka berkongsi video tersebut di halaman Facebook mereka menunjukkan bagaiman awan itu bergerak di langit Ohio.

Pusat Ramalan Cuaca Kebangsaan melaporkan pada hari Selasa lalu bahawa tiupan angin kuat sehingga 70mph akan berlaku dan dijangka kawasan bandar di sana akan mengalami ribut.

BACA JUGA: (Video) Fenomena Awan Bentuk Tsunami Muncul Di Langit Acheh Gemparkan Penduduk Setempat

Terdahulu, penampakan awan gergasi di Kota Meulaboh, Aceh, Indonesia pada tahun 2020 telah menimbulkan ketakutan ramai penduduk kerana dikatakan menyerupai gelombang tsunami yang pernah melanda negeri itu.

Menerusi video berdurasi 29 saat yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter, awan tersebut kelihatan seperti lautan yang ‘bersedia’ menggulung apa sahaja yang berada di bawahnya.

Kejadian aneh ini dikatakan pertama kali terjadi sekaligus menimbulkan rasa panik penduduk mengenai petanda buruk atau kejadian yang tidak diingini bakal berlaku.

Malah, Kota Meulaboh juga dilihat lengang selepas kemunculan awan berkenaan kerana rata-rata penduduk yang ketakutan memilih untuk tidak keluar daripada rumah.

Sumber: Daily Star. 

Faiz Mustafa