Siakap Keli

Pemain Import Terbaru JDT, Jordi Amat Rupanya Keturunan Raja Siau, Sulawesi Utara

Pemain import baharu pasukan bola Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat rupanya adalah keturunan kepada Raja M.D Kansil, Kesultanan Siau, Sulawesi Utara, merujuk kepada satu perkongsian laman Instagram miliknya semalam.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat itu, dia mendedahkan bahawa dirinya merupakan generasi ketiga keturuan raja berkenaan. Berikutan itu, dia kini boleh memakai gelaran YM Pengeran Jordi Amat Maas sebagai identitinya.

Nama Jordi Amat menjadi sebutan sebelum ini selepas berita perpindahannya ke JDT diumumkan sendiri oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu sesi bersama peminat baru-naru ini.

Perpindahan tersebut mendapat pelbagai respon yang bercampur-baur, khususnya daripada warga Indonesia memandangkan dia kini dalam proses untuk mendapatkan kerakyatan republik tersebut. Jika proses berjaya dilengkapkan, dia berkemungkinan akan dipanggil untuk beraksi bersama skuad Garuda.

Walau bagaimanapun, memetik Suara.com, Jordi Amat telah menjelaskan isu perpindahan tersebut kepada peminat-peminat bola sepak Indonesia.

“Hal pertama yang saya ingin jelaskan bahawa tuduhan yang mengatakan saya mendapatkan passport Indonesia hanya untuk membolehkan saya bermain sebagai pemain import kuota Asia untuk pasukan baru saya JDT adalah tidak benar.

“Saya ingin semua orang tahu bahawa sebelum saya mengambil keputusan ini, saya juga menerima tawaran beberapa liga kuat dari negara lain.

“Bergabung dengan JDT bukan kerana wang semata-mata, alasan kenapa saya bergabung dengan kelab ini adalah berdasarkan usaha untuk menyesuaikan diri di Asia dan juga kerana Malaysia dekat dengan Indonesia. Ini peluang untuk saya beraksi di peringkat yang lebih tinggi di Asia kerana JDT bersaing di ACL,” jelasnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jordi Amat (@jordiamat5)

BACA: Boleh Jadikan Matawang Kripto Mas Kahwin & Hukumnya Sah – Pejabat Mufti WP

Sumber: Jordi Amat (Instagram), Suara.com

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.