Siakap Keli
Penunggang Motosikal Tular Khayal
Gambar via Kosmo

Penunggang Motosikal Tular Disyaki Khayal, Hidu Gam Diburu Polis

Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang tular dipercayai khayal menghidu gam ketika sedang menunggang sebuah motosikal dalam sebuah video yang tersebar di Facebook semalam.

Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, ACO Nanda Maarof berkata, rakaman video yang berdurasi 40 saat itu telah tular di Facebook lebih kurang jam 6.30 petang semalam.

Dalam rakaman tersebut, jelas terpapar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki disyaki sedang berada dalam keadaan separa sedar atau khayal.

“Menerusi rakaman tersebut, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan menuju arah selatan di sini melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, lelaki yang berada dalam video tersebut sedang menunggang sebuah motosikal kelihatan memandu ke arah lorong tengah jalan di lebuh raya.

“Dalam rakaman tersebut juga turut memaparkan suspek yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sedang memegang sambil menghidu bungkusan plastik di tangan kirinya, disyaki sedang melakukan perbuatan menghidu gam,” katanya.

Difahamkan, suspek yang terlibat masih tidak dapat dikesan oleh pihak polis sehingga kini dan siasatan masih giat dijalankan.

“Mana-mana orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, boleh menyalurkan maklumat tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222 untuk tindakan lanjut oleh pihak polis,” katanya, lapor Kosmo.

BACA: Kontrak Baharu Sehingga 2025, Mo Salah Kini Penerima Gaji Tertinggi Liverpool, RM 1.86 Juta Seminggu

BACA: “Kita La Sedih Bagi Anak Makan Macam Tu”, Wanita Sebak Bagi Anak Makan Telur Setiap Hari Selepas Suami Kemalangan

Sumber: PDRM, Kosmo

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.