Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bintang Manchester United (MU), Cristiano Ronaldo menyatakan bahawa dia mahu tinggalkan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu nanti, lapor Eurosport.
Difahamkan, merujuk Skysport, spekulasi mengenainya yang mahu meninggalkan MU itu bertiup kencang ketika pemain berkenaan ‘bimbang’ tidak dapat bersaing untuk memenangi mana-mana trofi ketika ini.
Dalam pada itu, didorong dengan keinginan bermain di Liga Juara-Juara, Ronaldo meminta MU untuk membenarkannya pergi sekiranya dia mendapat tawaran lain pada musim panas ini.
Sementara itu, menurut laporan dari The Telegraph, Ronaldo masih mempunyai sisa tiga atau empat tahun lagi untuk bermain di peringkat tertinggi dan mahu mewakili pasukan yang mampu meraih trofi kejuaraan.
Dalam pada itu, pemenang lima kali Ballon d’Or itu sebelum ini bercakap bahawa betapa gembira dan terujanya dia di Old Trafford, di samping bersiap sedia dengan era baharu bersama jurulatih baharu, Erik Ten Hag.
Namun walau bagaimanapun, dia dilihat tidak mahu untuk terlibat dalam pembangunan semula pasukan itu yang mengambil masa bertahun-tahun.
“Saya tahu dia (Ten Hag) menjalankan kerja dengan hebat bersama Ajax dan dia merupakan jurulatih yang berpengalaman. Tetapi, kita perlu beri dia masa dan perkara itu perlu diubah mengikut kemahuannya.
“Sudah tentu saya harap kami berjaya, kerana jika dia berjaya semua ahli Manchester United akan berjaya juga.
” Jadi saya mendoakan dia yang terbaik untuknya. Kami gembira dan teruja bukan sahaja sebagai pemain namun sebagai penyokong juga malah kami berharap tahun depan kami akan memenangi trofi,” katanya.
Sementara itu, menurut pandangan dari The Athletic, mereka mendakwa, “Pemain itu tidak untuk dijual dan dan masih lagi berada di bawah kontrak bersama mereka selama setahun lagi,”
Ronaldo telah dikaitkan dengan spekulasi perpindahannya ke Bayern Munich dan Chelsea sehingga musim panas ini. Tambahan pula, ketua baharu The Blues, Todd Boehly baru-baru ini telah bertemu dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes.
Buat masa ini, Athletic mendakwa bahawa kelab bolasepak Jerman, Bayern Munich telah dijelaskan mengenai situasi Ronaldo dan Napoli turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.
Sementara itu, Paris Saint-Germain (PSG) pula difahamkan tidak berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut semasa jendela perpindahan ini.
Untuk rekod, penyerang berusia 37 tahun itu merupakan penjaring terbanyak The Red Devils dengan mencetak 24 gol selepas kembali semula ke kelab itu pada musim panas lalu dari Juventus.
Sumber: Eurosport