Siakap Keli
Guest author siakap keli

Menjadi Guest Author Siakap Keli: Syarat Dan Cara Memohon

Berminat menjadi penulis tamu/guest author Siakap Keli? Kami sentiasa mengalu-alukan karya hebat anda untuk disiarkan di siakapkeli.my 

Terma dan Syarat ini menerangkan keperluan kami kepada setiap penulis tamu sebelum karya anda diboleh-terbitkan di laman web Siakap Keli. 

Polisi ini berkuat kuasa mulai 29 Jun 2022

Kemas kini terakhir: 12 Jun 2022

Garis Panduan Penulisan

  1. Format penulisan bersifat informatif, kreatif dan ilmiah. 
  2. Artikel perlu sekurang-kurangnya 1500 patah perkataan beserta imej yang berkaitan untuk tujuan penerbitan.
  3. Untuk diterima atau diterbitkan, penulisan itu sendiri perlu ditulis dengan tatabahasa, gaya dan ejaan yang betul. Penulis juga tidak digalakkan menggunakan suara pasif (passive voice).

Terma dan Syarat

Dengan menyerahkan penulisan anda kepada Siakap Keli, anda mengakui, memahami dan mematuhi terma dan syarat berikut:

  1. Penulisan yang dihantar adalah karya terbaru dan original serta, belum pernah diterbitkan dimana-mana laman web atau media sosial lain. 
  2. Kami tidak membenarkan plagiarisme atau pelanggaran hak cipta (copyright infringement).
  3. Jika sumber orang lain diperlukan, sila pastikan anda memetik sumber tersebut dengan betul. 
  4. Kami tidak menuntut hak cipta ke atas penulis tamu, dan hak harta intelek kekal kepada penulis.  Walau bagaimanapun, anda perlu bersetuju memberikan Siakap Keli penggunaan eksklusif (pertama) untuk terbitan di laman web kami. 
  5. Anda dialu-alukan untuk berkongsi pautan artikel yang telah diterbitkan di laman web kami ke media sosial anda. 
  6. Pautan affiliate tidak dibenarkan di dalam penulisan anda.
  7. Penulis dibenarkan memasukkan satu (1) pautan profil (akaun media sosial) anda di dalam penulisan. 
  8. Siakap Keli berhak untuk edit/tambah/ubah penulisan yang dihantar untuk membetulkan ralat atau menjadikan kandungan lebih mudah dibaca.
  9. Kami menawarkan bayaran (per karya/penulisan) kepada penulis tamu @ guest author.
  10. Kami tidak menjamin capaian pembaca (audience reach/views).
  11. Siakap Keli berhak menolak atau memadam penulisan anda tanpa notis awal kepada penulis tamu. 
  12. Dengan menghantar penulisan anda kepada kami, anda bersetuju bahawa anda bukan sebahagian daripada laman web atau syarikat Siakap Keli Sdn. Bhd. 

Semakan Penulisan 

  1. Kami akan menyemak semula karya yang dihantar sebelum membuat keputusan samada ingin menyiarkan di laman web atau tidak. Hantaran karya anda adalah sepenuhnya atas budi bicara kami dan kami tidak menjamin untuk menyiarkannya. 
  2. Kami akan memberitahu tentang keputusan terbitan penulisan selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari dari tarikh penyerahan penulisan anda (bagi tempoh semakan).  Kami akan memaklumkan anda melalui email.
  3. Jika kami memaklumkan untuk tidak menyiarkan penulisan anda, atau tidak menerima maklum balas daripada kami, anda boleh menghantar karya anda di tempat lain. 

Penyiaran Karya Penulisan

  1. Jika kami memutuskan untuk menyiarkan penulisan anda, ini tidak bermakna karya tersebut akan disiarkan serta-merta. Penyiaran karya anda akan disiarkan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak kami. 
  2. Kami akan memaklumkan anda sebaik sahaja penulisan anda diterbitkan melalui email. 

Cara Menghantar

Sila email kepada [email protected] dan [email protected]  untuk sebarang pertanyaan atau penyerahan karya. Kami hanya menerbitkan artikel berkualiti. 

Pada email yang sama, sila berikan maklumat wajib seperti:

  • Nama anda
  • Alamat email, dan
  • Nombor telefon

Lain-Lain

  1. Kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku berkaitan dengan serahan penulisan yang dibuat kepada kami. 
  2. Anda bersetuju untuk tidak menghantar penulisan bagi tujuan komersial atau perniagaan dan kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kehilangan keuntungan dan kerugian perniagaan.

Nur Farra