Siakap Keli
Dos penggalak kedua
Gambar via MKN

KKM Umum Pemberian Dos Penggalak Kedua Untuk Individu Berisiko Tinggi Berumur 18-59 Tahun

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian dos penggalak kedua kepada individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan juga petugas-petugas kesihatan barisan hadapan. 

Dalam pada itu, pemberian vaksin Can Sini sebagai dos penggalak secara heterologus akan diperluas kepada penerima lengkap tanpa mengira jenis vaksin dos primer. 

“Langkah ini bertujuan agar populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimal terhadap penyakit Covid-19,” jelas mereka menerusi kenyataan di laman Facebook. 

Antara kriteria kelayakan pemberian dos penggalak kedua adalah mereka yang berusia 18 hingga 59 tahun yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang serius atau teruk. 

Petugas kesihatan barisan hadapan seperti Pegawai Perubatan, Jururawat dan juga sekurang-kurang 6 bulan setelah menerima dos penggalak pertama. 

Selain itu, kelayakan bagi pemberian vaksin Cab Sino Bio sebagai dos penggalak pula mestilah mereka yang berumur 18 tahun dan keatas dan telah menerima vaksin primer selain vaksin jenis Can Sino Bio dan Sinovac yang telah diluluskan sebelum ini. 

Gambar via KKM

BACA: Jurutera Temui Cara Baru, Hasilkan Tepung Untuk Dimakan Dari Ulat Mopane

BACA JUGA: Banjir Di Baling: Warga Emas Berpaut Pada Pokok Elak Dibawa Arus Deras

Sumber: KKM

Faiz Mustafa