Siakap Keli
kenapa ustaz nazrey tinggalkan raihan
Gambar: The Best Fikrah via Google, Facebook Taufiq Razif

Tak Ramai Yang Tahu, Lelaki Ini Dedah Kenapa Ustaz Nazrey Tekad Tinggalkan Raihan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kenapa bekas vokalis kumpulan nasyid terkenal tanah air, Ustaz Nazrey Johani tekad tinggalkan Raihan satu masa dulu? Segalanya terjawab menerusi cerita lelaki ini.

Setiap selebriti sama ada pelakon mahupun penyanyi, tentunya  pernah melalui detik berada di puncak kerjaya. Namun, sedikit pelik sekiranya jika ada di antara mereka lebih memilih untuk mengundurkan diri sewaktu diri tengah “meletup”.

Lipatan sejarah industri hiburan tanah air pernah menyaksikan beberapa selebriti ternama yang memilih untuk berundur, selepas mereka berjaya menikmati kejayaan di puncak untuk satu tempoh seketika.

Difahamkan, dipercayai terdapat banyak sebab yang mungkin menjadi faktor mengapa mereka memilih jalan itu. Ada yang mahu berehat, ada yang mahu ‘tukar angin’ ke industri lain, malah tidak kurang juga ada yang ‘berhijrah’ ke arah kebaikan.

Namun tidak ramai yang tahu, kenapa bekas vokalis kumpulan nasyid terkenal tanah air, Raihan iaitu Ustaz Nazrey memilih untuk berundur? Bukankah ketika itu Raihan dianggap sebagai salah satu kumpulan nasyid paling popular pernah ada di Malaysia?

Ustaz Nazrey atau nama sebenarnya, Nazrey Johani merupakan seorang mantan penyanyi nasyid kumpulan Raihan yang berposisi sebagai vokalis utama. Lunak merdu suaranya tidak perlu diperkatakan lagi. Cukuplah lagu Sesungguhnya dalam album Puji-Pujian (1997) pernah mencetus fenomena sehingga laku keras dijual sebanyak 1.5 juta salinan.

Berbalik kepada konteks, walaupun sudah membawa Raihan pergi jauh dalam industri hiburan negara hingga pernah memenangi beberapa anugerah serta dijemput membuat persembahan di hadapan Ratu Elizabeth, namun Ustaz Nazrey akhirnya membuat keputusan untuk keluar demi satu usaha murni.

Keputusan besar yang dibuatnya itu sudah tentu mencetus pelbagai spekulasi daripada orang awam, lebih-lebih lagi peminat setia Raihan. Namun sebenarnya jauh di sudut lain, bekas vokalis itu mempunyai sebab sendiri mengapa dia berbuat sedemikian.

Pendedahan ini dikongsikan oleh seorang individu yang berpeluang menemui Ustaz Nazrey baru-baru ini. Mungkin sudah lama persoalan demi persoalan terbungkam dalam di benak minda, akhirnya segalanya terjawab setelah Ustaz Nazrey sendiri membuka bicara.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai perjalanan Ustaz Nazrey Johani, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh saudara Taufiq Razif di laman Facebook miliknya seperti di bawah.

Kisah Di Sebalik Penarikan Diri Ustaz Nazrey

Ustaz, kenapa Ustaz berhenti Raihan?

Fuh. Leganya bila boleh tanya sendiri pada bekas vocalist Raihan ni. Rasanya dah berpuluh tahun saya pendam persoalan ini.

Ustaz Nazrey ni baik dan merendah diri sungguh. Bila beliau tahu saya dan team tengah buat misi kemanusiaan di sini, beliau sendiri yang pergi jumpa kami.

Gambar: Taufiq Razif

Berbalik pada soalan tadi, Ustaz Nazrey bagitahu dia dulu berhenti Raihan masa tengah top.

Masa tengah top tu lah tiba tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agama Ustaz Nazrey.

“Bila nak datang Sabah? Sini ada 2,3 orang je solat jemaah kalau awak datang sini sekurang kurangnya bertambah la juga bilangan jemaah,”

Beberapa hari juga Ustaz Nazrey ambil masa untuk berfikir dan akhirnya dia bulatkan hati untuk turun dakwah ke Sabah.

Masa berganti masa. 10 hari lamanya Ustaz Nazrey sudah di Sabah. “Saya tak boleh tinggalkan dakwah di Sabah ni,”. Ustaz Nazrey tekad!

Akhirnya setelah menimbang baik buruk dan kerana sayangkan agama maka Ustaz Nazrey ambil keputusan untuk fokus 100% dakwah di Sabah.

Ustaz Nazrey bagitahu saya tak mudah nak buat keputusan tu. Bayangkan masa tu dia antara artis paling terkenal di Malaysia dengan jualan album dia sahaja lebih daripada 800,000 unit! Sampai sekarang pun tak ada mana mana artis di Malaysia boleh pecahkan rekod tu.

Ustaz Nazrey juga kata masa tu dia dah biasa tidur hotel 5 bintang dan dihormati oleh ramai orang tapi tiba tiba je bila datang Sabah kena jadi orang kampung biasa dan kena bersusah payah buat kerja dakwah.

Begitulah kawan kawan,

Kehebatan seseorang kadangkala bukan dilihat pada kejayaan dan pencapaian dirinya

Tetapi kehebatan seseorang juga dilihat pada seberapa banyak dan seberapa sanggup dia berkorban

Ibu yang hebat adalah ibu yang paling banyak berkorban. Ayah yang hebat adalah ayah yang paling banyak berkorban. Begitu juga dengan yang lainnya.

Mereka mungkin tak dapat pingat atau balasan di dunia tetapi percayalah pengorbanan mereka nanti akan sangat bernilai ketika di alam sana nanti. Sebak.

Sumber: Facebook Taufiq Razif

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?