Siakap Keli

Merdu Sungguh, Netizen Terpukau Dengar Selawat “Assolatuwasalam” Versi ‘Acapella’ Raihan Dengan Alif Satar & The Locos

Di bulan Ramadan ini kita sebagai umat Islam digalakkan untuk sentiasa mengalunkan selawat ataupun membaca ayat suci al-Quran setakat mana yang kita mampu.

Dalam pada itu, tak kurang juga ramai selebriti merakam video berselawat dan dikongsikan bersama-sama dengan peminat. Terbaru, rakaman video pendek kumpulan Alif Satar & The Locos bersama Raihan mengalunkan selawat mula tular di media sosial.

Selawat yang didendangkan versi acapella itu dipetik daripada album Puji-pujian berjudul ‘Assolatuwassalam’ oleh kumpulan Raihan pada tahun 1997.

Tidak dinafikan semua suara di dalam video tersebut mempunyai vokal yang harmoni dan sedap didengari. Ramai yang memuji dan ada juga yang merindui suara kumpulan Nasyid Raihan ini.

@itsalifsatar

#SelawatChallenge @alifsatarandthelocos dengan Raihan!!

♬ original sound – alifsatar – alifsatar

Selain itu, mereka juga turut bergandingan mendendangkan nasyid berjudul 25 Rasul.

@alifsatarofficialfc

Play this for you and your kids!❤️😍 @alifsatarandthelocos X @raihaninternational #alifsatar #outline #ramadan2022 #fyp #tiktok #viral

♬ original sound – alifsatarofficalfc – alifsatarofficalfc

Ini bukan pertama kali Raihan dan Alif Satar & The Locos bergandingan bersama, terdahulu mereka pernah ‘remake’ lagu ‘Sesungguhnya’. Video nyanyian yang baru dimuat naik di laman Youtube itu dua hari lalu telah mencecah 1.2 juta tontonan dan trending nombor satu di Malaysia.

Album Puji-pujian

Menarik tentang album ‘Puji-pujian’ ini, ia merupakan album pertama kumpulan ini yang terjual lebih 800 ribu unit. Sehingga sekarang rekod jualan ini tidak pernah dipotong oleh mana-mana artis di negara kita.

Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara

Kumpulan Raihan bukan sahaja mendapat sambutan dari orang Malaysia sahaja malah diterima di seluruh pelusuk dunia. Kumpulan ini pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk membuat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.

Untuk pengetahuan anda, Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang tampil membuat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.

Kumpulan Raihan cukup terkenal dalam kalangan peminat tidak kira usia, bangsa dan agama. Mana tidaknya, lagu serta muziknya sentiasa menjadi siulan dan halwa telinga kita. Lagu-lagu seperti Thank You Allah, Ya rasulullah, 25 Rasul, Iman Mutiara, Sifat 20, Demi Masa dan Sesungguhnya selalu dinyanyikan semula di sekolah mahupun acara-acara keraian kerana irama serta liriknya yang bermakna.

Sumber: Alif Satar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang