Siakap Keli
shinzo abe ditembak
Gambar: Kazuhiro NOGI / AFP

Bekas PM Jepun, Shinzo Abe Dilapor Ditembak Dipercayai Dengan ‘Shot Gun’

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilapor diserang  dan ditembak dipercayai menggunakan shot gun oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika memberikan ucapan di Nara, lapor Nikkei Asia.

Menurut laporan ringkas berkenaan, Abe kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital. Lelaki yang bertindak menyerangnya sudahpun berjaya ditahan oleh polis.

Manakala dalam laporan Japan Times pula, portal berita berkenaan melaporkan bahawa Abe telah ditembak dari belakang ketika sedang memberikan ucapan.

Pelaku yang merupakan seorang lelaki sudah ditahan atas cubaan membunuh.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Japan Times, Nikkei Asia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.