Siakap Keli
apa itu i-lindung
Gambar: Bernama

Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans, Ketahui Apa Itu i-Lindung Dan Syarat Nak Mohon

Boleh Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans, Ketahui Apa Itu i-Lindung Dan Syarat Nak Mohon

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Lindung yang membolehkan pencarum (ahli) membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) serendah RM30.

Melalui PPA, ahli KWSP dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang hanya diluluskan oleh KWSP.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memberitahu pelan perlindungan premium yang ditawarkan bermula serendah RM30 setahun dan menjanjikan perlindungan setinggi RM10,000.

Untuk makluman, i-Lindung ini adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur Tidak Melebihi 55 Tahun
  • Pengguna i-Akaun (Ahli)
  • Memiliki Baki Simpanan dalam Akaun 2

Bagi mereka yang berumur 55 tahun ke atas, masih dibenarkan untuk memohon dengan syarat mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 55 atau akaun Emas.

Jenis Pelindungan Yang Ditawarkan

  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Penyakit Kritikal

Pelan perlindungan yang diperkenalkan merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan kesejahteraan ahli terjamin sekiranya berdepan tempoh sukar mahupun kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.

Para pencarum yang berminat, boleh melakukan pembelian secara atas talian dengan menggunakan i-Akaun pada bila-bila masa tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung, sila layari laman sesawang rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Hubungan KWSP.

Sumber: KOSMO!/KWSP

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin