Siakap Keli
terpaksa tunda jadual penerbangan
Kredit: Sendy_adi

Buat Hal, Juruterbang Terpaksa Tunda Jadual Penerbangan Gara-Gara Biawak

Buat Hal, Juruterbang Terpaksa Tunda Jadual Penerbangan Gara-Gara Biawak

JAKARTA – Tular sebuah video yang menunjukkan detik-detik penerbangan nyaris terbatal hanya disebabkan seekor biawak sedang melintasi landasan, lapor Suara.com.

Video tersebut telah dirakam dan dimuat naik oleh juruterbang itu sendiri melalui akaun Tiktok miliknya, @sendy_adi.

Difahamkan, biawak tersebut berada di laluan penghubung antara perhentian kapal terbang dan landasan. Disebabkan itu, juruterbang terpaksa mengambil keputusan untuk menunda jadual penerbangan kerana gusar perkara tidak diingini berlaku.

Menurutnya, enjin pesawat yang kuat berpotensi untuk menyedut biawak termasuk ke dalam enjin. Hal ini secara tidak langsung boleh mendatangkan kemudaratan sewaktu proses penerbangan.

Video berdurasi 17 saat itu telah mendapat lebih daripada 88,000 tanda suka dan pelbagai komen lucu daripada netizen.

“Nampaknya tiada pramugari-pramugari idamanku di sini ya”, tulis @andhikaekasaputra4.

Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa kejadian itu mungkin ada hikmah disebaliknya.

@sendy_id

Permisi Si komo 🦎 lewat. #delay #soekarnohatta #airbus #biawak #citayem #fashionweek #slebew #bni46 #macet

♬ original sound – Sendy ID ✈️ – Sendy ID ✈️

Sumber: Suara.com

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.