Siakap Keli
Harga minyak petrol
Gambar via Bernama

Harga Minyak Petrol RON97 Turun Lima Sen, Ron 95 & Diesel Kekal

Kementerian Kewangan (MOF) sebentar tadi memaklumkan harga runcit bagi produk Petroleum bagi tempoh 14 Julai 2022 hingga 20 Julai 2022.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi milik MOF, hanya minyak petrol RON97 sahaja yang mengalami penurunan harga sebanyak 5 sen menjadikan harga bagi setiap satu liter adalah RM 4.75 .

Manakala, RON 95 dan Diesel pula tidak mengalami perubahan sama ada naik mahupun turun dengan harga penjualan runcit RM 2.05/liter bagi RON 95 dan RM 2.15/liter untuk minyak Diesel.

Sumber: MOF

Faiz Mustafa