Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Satu kemalangan maut membabitkan beberapa kenderaan dilaporkan berlaku di satu lokasi di KM277.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Perak sebentar tadi.
Merujuk laporan ringkas Astro Radio Traffic sebentar tadi, kemalangan tersebut melibatkan beberapa buah kereta dan sebuah lori di lokasi kejadian.
Difahamkan, insiden berkenaan telah menyebabkan semua lorong di laluan itu terhalang dan mengalami kesesakan sepanjang lima kilometer dari Ipoh ke Simpang Pulai.
Menurut laporan itu lagi, aliran trafik dijangka mengalami kelewatan selama satu jam berikutan kemalangan maut serta kesesakan tersebut.
Bagaimanapun buat masa ini (setakat laporan ini ditulis), difahamkan hanya lorong kecemasan sahaja yang boleh digunakan.
Berita lanjut menyusul.
Laporan kemas kini
Menurut laporan kemas kini oleh Bernama, difahamkan seramai empat individu dilapor terkorban dalam nahas yang membabitkan tujuh kenderaan tersebut.
Sumber: Twitter Astro Radio Traffic