Siakap Keli
ayah belasah lelaki cabul

Serah Diri Selepas Belasah Lelaki Didakwa Cabul Anaknya, Polis Tak Jadi Dakwa Ayah Ini

Seorang ayah dari Shaanxi, China dilapor menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas belasah seorang lelaki yang didakwa telah cabul anaknya, lapor Mothership.Sg.

Bagaimanapun, selepas siasatan lanjut dijalankan, pihak polis pada 5 Julai lepas bertindak menggugurkan pertuduhan dan tidak jadi untuk mendakwa lelaki tersebut diatas kesalahan jenayah serangan yang dilakukannya.

Memetik laporan agensi berita SOHU, bapa yang berusia 35 tahun tersebut merupakan seorang petani di sebuah daerah di Baishui.

Berdasarkan rekod kes, pada 12 Jun 2021, si bapa mendapat tahu bahawa anak perempuan telah disentuh pelaku, seorang lelaki, secara tidak bermoral.

Sejurus mengetahui hal tersebut, dia dituduh terus bergegas ke rumah pelaku dan tanpa berlengah terus menendangnya hingga jatuh ke tanah. Dia kemudian didakwa terus memukul kepala pelaku beberapa kali sebelum memukul menggunakan mangkuk porselin pada bahagian kepala pelaku.

Menurut keputusan perubatan, pelaku telah mengalami kecederaan teruk tahap kedua. Walau bagaimanapun, butiran lanjut kecederaan si pelaku tidak didedahkan dalam laporan itu.

Pada awalnya, Biro Keselamatan Awam Daerah Baishui yang menyelesaikan siasatan telah mendakwa si bapa di atas pertuduhan menyerang dengan niat.

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya rasmi China telah memuat naik nota di laman web rasmi mereka menjelaskan dengan lebih terperinci keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap si bapa.

Menurut pihak pendakwa, si bapa telah menyerah diri kepada pihak polis dengan mengakui kesalahan jenayahnya dan bersedia menerima sebarang hukuman. Pada masa yang sama si pelaku juga turut melakukan kesalahan yang berat.

Selepas meneliti anteseden yang berlaku dan akibat dari serangan serta tahap bahayanya, pihak pendakwaan mengambil keputusan untuk menggugurkan pertuduhan tersebut terhadap si bapa.

Di Weibo, sebuah aplikasi yang terkenal di China, topik tersebut telah mendapat perhatian umum hingga mencecah lebih 46 juta tontonan.

Kebanyakan mereka menyokong tindakan sewajarnya yang dilakukan oleh si bapa serta pihak pendakwa kerana telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik menerusi kes tersebut.

BACA: Supermoon, Bulan Berada Kedudukan Paling Dekat Dengan Bumi Sebentar Tadi

BACA JUGA: Presiden Lari Ke Maldives, Sri Lanka Isytihar Darurat Seluruh Negara

Sumber: Mothership, SOHU

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.