Siakap Keli
'Supermoon'
Gambar via BBC

Supermoon, Bulan Berada Kedudukan Paling Dekat Dengan Bumi Sebentar Tadi

Supermoon’ atau fenomena bulan yang kelihatan lebih besar dari biasa didakwa berlaku pada hari ini, 13 Julai 2022, lapor Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 8 Julai lalu menerusi laman Facebook rasmi mereka. 

Difahamkan, Bulan yang beredar mengelilingi Bumi pada orbitnya adalah berbentuk elips dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549.

Menurut MYSA, purata jarak bulan dan bumi adalah berbeza-beza pada setiap masa. Purata paling dekat disebut sebagai perigee adalah 363,396 km dan purata yang jauh pula dipanggil sebagai apogee dengan jarak 405.504km. 

“Apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee), ia dikenali sebagai ‘Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon’.

“Manakala apabila Bulan Penuh atau Bulan Baru berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee), ia dikenali sebagai ‘Micromoon, Mini Moon, Mini Full Moon atau Mini New Moon’,” lapor MYSA. 

Difahamkan, 13 Julai 2022 pada pukul 5.09 petang, memetik MYSA, Bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi (perigee) bagi tahun ini dengan jarak 357,263 km pada posisi perigee. 

Oleh itu, semasa berlakunya fenomena ‘Supermoon’, Bulan akan kelihatan lebih besar sebanyak 7% daripada bulan penuh biasa dan akan kelihatan 14% lebih besar serta 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’. 

Gambar via MYSA

BACA: Harga Minyak Petrol RON97 Turun Lima Sen, Ron 95 & Diesel Kekal

BACA JUGA: Presiden Lari Ke Maldives, Sri Lanka Isytihar Darurat Seluruh Negara

Sumber: MYSA

Faiz Mustafa