Gadis derita disihir rakan kelas ketika berusia 14 tahun kerana cemburu sering mendapat nombor satu dalam kelas.
Sihir merupakan amalan khurafat yang telah diguna pakai sejak dari zaman dahulu lagi dengan pelbagai tujuan demi kepentingan individu itu sendiri termasuk bertujuan menganiaya orang lain disebabkan timbul rasa iri hati dan hasad dengki dalam diri.
Pada zaman dulu, sihir amat terkenal dalam masyarakat bukan sahaja bertujuan untuk menganiaya orang atau mendapat kekayaan, malah sering juga digunakan untuk tujuan menaikkan seri wajah terutama golongan wanita.
Bercakap soal sihir, pada umumnya ia sering diguna pakai oleh golongan dewasa dan amat jarang kita dapat lihat sihir yang digunakan oleh kanak-kanak atau remaja yang masih sekolah.
Begitulah kisah meruntun hati yang menimpa gadis malang ketika masih berusia 14 tahun yang didakwa telah disihir oleh rakan kelasnya sendiri dipercayai kerana cemburu sering mendapat nombor satu dalam kelas setiap kali ujian di sekolah.
Menurut video yang dimuat naik dari laman Instagram milik Pratiwi Noviyanthi, pada awalnya ayah dan juga ibu gadis ini tidak mengesyaki sabarang kemusykilan walaupun sering berulang alik melakukan rawatan kerana kerap kali mengadu milik badan yang kurang selesa.
Melihat keadaan si anak yang tidak kunjung sihat, mereka berdua mengambil keputusan untuk membawa gadis itu bertemu dengan perawat Islam sebelum mengetahui hal yang sebetulnya.
Menurut si bapa, anaknya tidak ada apa-apa masalah dengan si pelaku yang telah disebutkan semasa melakukan rawatan di pusat perubatan Islam itu. Jadi, mereka pelik kenapa dia sanggup menghantar sihir berupa santau kepada mangsa hingga merosakkan 100% kehidupannya.
Difahamkan, bapa gadis itu berkata, rupa-rupanya si pelaku cemburu dengan kejayaan gadis ini yang diberi nama Irma kerana sering mendapat nombor satu dalam kelas.
Menurut bapanya lagi, dahulu Irma hanya berjaya menduduki tempat ketiga atau keempat sahaja dalam kelas, namun dia terus berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya meraih keputusan yang cemerlang.
“Irma seorang yang tidak gemar makan makanan berdaging dan juga ikan, jadi saya fikir dia hanya kekurangan nutrisi,” jelas si bapa.
Melalui video itu juga, kelihatan dengan jelas sebak pada wajah Irma mempersoalkan mengapa rakannya sendiri sanggup memperlakukan hal itu kepadanya sebegitu rupa.
Walau bagaimanapun, setelah melakukan beberapa sesi ruqyah dalam perawatan Islam, dia kelihatan semakin baik dibanding dulu termasuk tidak lagi rasa panas mendengar alunan ayat Al-Quran walaupun didakwa terdapat lima penunggu dalam badannya.
BACA: Shuttle Khas SRT Thailand Masuk Stesen Padang Besar Mulai 15 Julai, Laluan Padang Besar-Hatyai
BACA JUGA: Bilangan Penduduk Dunia Dijangka Cecah 8 Bilion Pada 15 November Ini
Sumber: Pratiwi Noviyanthi (Facebook), Tribun News