Siakap Keli
Undang-Undang Provinsi Sumatera Barat
Gambar via CN Indonesia

Indonesia Benarkan Sumatera Barat Laksana Undang-undang Syariah, Ikut Jejak Acheh

Indonesia Benarkan Sumatera Barat Laksana Undang-undang Syariah, Ikut Jejak Acheh

Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia bersetuju dengan undang-undang baharu yang akan mengawal wilayah Sumatera Barat. Undang-undang tersebut akan menggantikan undang-undang no.61 yang telah dilaksanakan sejak tahun 1958.

Memetik laporan CNN, kandungan dalam undang-undang baharu itu menjelaskan adat dan budaya Minangkabau berlandaskan nilai-nilai falsafah dengan menyelitkan ciri keagamaan. 

“Adat dan budaya Minangkabau berlandaskan pada nilai falsafah, adat basandi syara’, syara’ basandi Kitabullah sesuai dengan peraturan adat nagari (desa atau wilayah) yang berlaku.

“Selain itu, kekayaan sejarah bahasa kesenian, desa adat/nagari, ritual upacara adat, situs budaya dan kearifan lokal yang menunjukkan watak keagamaan dan ketinggian adat istiadat masyarakat Sumatera Barat,” memetik Perkara 5 huruf C Undang-undang Provinsi Barat, lapor CNN. 

Difahamkan, maksud daripada petikan ‘adat basandi syara’, syara’ basandi Kitabullah’ adalah adat yang berlandaskan syara’ atau syariat Islam dan ‘Kitabullah’ pula bermaksud Al-Quran. 

“Pelaksanaan nilai falsafah ‘adat basandi syara’, syara’ basandi Kitabullah berlandaskan pada nilai-nilai Pancasila dan  dalam kerangka Negara Kesatuan Republik Indonesia,” memetik dari petikan penjelasan Pasal 5 huruf C. 

Menurut CNN, dalam undang-undang baharu itu juga menjelaskan bahawa Provinsi Sumatera Barat terdiri daripada 12 daerah dan juga tujuh kota. 

Antara wilayah pentadbiran daerah di Sumatera Barat adalah Pantai Selatan, Solok, Sijunjung, Tanah Datar, Padang, Pariaman, Agam, Lima Puluh Kota, Pasaman, Kepulauan Mentawai, Dharmasraya, Solok Selatan dan Pasaman Barat. 

Manakala kawasan pentadbiran yang berbentuk bandar pula antaranya Padang, Solok, Sawahlunto, Padang Panjang, Bukittinggi, Payakumbuh dan Pariaman. 

“Kawasan Daerah/Kota terdiri dari kecamatan dan kecamatan pula terdiri dari desa, kelurahan dan/atau nagari sesuai dengan ketentuan peraturan perundangan,” memetik Pasal 3 Ayat (2), lapor CNN. 

Ciri geografi utama Provinsi Sumatera Barat adalah kawasan yang datar seperti pesisir pantai, kawasan perairan seperti danau, kawasan dataran gunung atau bukit, kawasan taman negara, kawasan perlindungan dan konservasi, kawasan kepulauan dan warosan semula jadi geologi. 

“Taman negara itu termasuk Taman Negara Wilayah Singgalang, sebahagian Taman Negara Kerinci Seblat dan Taman Negera Pulau Siberut,” memetik penjelasan perkara 5 (a). 

Sumber: CNN Indonesia

Faiz Mustafa