Ivana Trump, bekas isteri kepada mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilapor telah meninggal dunia di usia 73 tahun maklumnya menerusi Truth Social pada Khamis, 15 Julai 2022.
Memetik Vanity Fair, Ivana merupakan seorang sosialit Czech – Amerika, ahli perniagaan dan bekas model telah berkahwin dengan Donald Trump pada 1977 hingga 1992 serta dikurniakan tiga cahaya mata, Donald Trump Jr., Ivanka Trump dan Eric Trump.
Menurut ABC News, paramedik dari Manhattan menerima panggilan berkaitan keadaan jantung Ivana yang terhenti secara mengejut di kediamannya di pangsapuri Upper East Side lebih kurang 12.30 tengah hari Khamis.
“Beliau bukan sahaja seorang wanita yang cantik, juga seorang wanita yang hebat dan perjalanan hidupnya penuh dengan inspirasi.
“Kebahagian dan kegembiraannnya adalah tiga anak kami Donald Trump Jr., Ivanka dan Eric, beliau amat bangga dengan mereka begitu juga kami yang berbangga dengan beliau,” tulis Donald Trump, lapor Vanity Fair.
Ivana Trump dibesarkan di Czechoslovakia sebelum berpindah ke Kanada pada tahun 1970 dan menjadi seorang model. Mendiang kemudian berkahwin dengan Donald Trump pada tahun 1977 dan mengalu-alukan kehadiran anak pertama mereka, Donald Jr pada hari terakhir tahun tersebut.
“Ibu kami merupakan seorang wanita yang sangat luar biasa, bijak dalam perniagaan, seorang atlet bertaraf dunia, cantik dan sangat prihatin terhadap semua orang termasuk rakan-rakannya.
“Ivana merupakan salah seorang yang terselamat dari komunisme dan menetap di negara ini, beliau mengajar anak-anaknya tentang ketabahan, belas kasihan dan keazaman,” jelas keluarga Ivana, lapor ABC News.
BACA: Tanzania Dilanda Penyakit Misteri Sebabkan Hidung Berdarah, 3 Maut Setakat Ini
BACA JUGA: Indonesia Benarkan Sumatera Barat Laksana Undang-undang Syariah, Ikut Jejak Acheh
Sumber: Vanity Fair, ABC News