Siakap Keli
Penyakit Misteri
Gambar via Wion

Tanzania Dilanda Penyakit Misteri Sebabkan Hidung Berdarah, 3 Maut Setakat Ini

Tanzania Dilanda Penyakit Misteri Sebabkan Hidung Berdarah, 3 Maut Setakat Ini

Tanzania dilapor telah mengarahkan sekumpulan doktor dan pakar kesihatan untuk menyiasat satu penyakit misteri yang telah pun meragut tiga nyawa setakat ini, kata wakil kerajaan pada Rabu.

Memetik AFP, Ketua Pegawai Perubatan Kerajaan, Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan berkata, antara simptom penyakit tersebut termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan juga pendarahan melalui hidung, 

Menurut AFP, setakat ini sebanyak 13 kes telah dilaporkan di bahagian tenggara Lindu termasuk tiga yang dilaporkan maut. Sichalwe berkata, ujian virus Ebola dan Marburg kepada pesakit adalah negatif begitu juga dengan ujian Covid-19. 

Difahamkan, salah seorang daripada pesakit telah sembuh dan yang lain masih lagi berada dalam pemantauan pihak hospital. 

“Kerajaan telah membentuk satu pasukan yang pakar untuk mengkaji penyakit yang masih tidak diketahui ini,” katanya, lapor AFP. 

Minggu lalu, terdapat dua kes disyaki berpunca dari virus yang juga dari keluarga Ebola dengan simptom termasuk demam panas dan juga pendarahan dalaman dan juga luaran. 

Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan berkata pada Selasa lalu, penyakit ini mungkin berpunca dari ‘interaksi besar’ di antara manusia dan juga haiwan liar merujuk kepada keputusan kemerosotan alam sekitar. 

BACA: Kabinet Lulus Draf RUU Larang Ahli Parlimen Bertukar Parti

BACA JUGA: Pesawat Dipercayai Bawa Presiden Sri Lanka Jadi Kapal Terbang Paling Dijejaki Di Seluruh Dunia

Sumber: AFP

Faiz Mustafa