Berang Gaun Pengantin Pusaka Digubah Sesuka Hati, Bapa ‘Merajuk’ Enggan Tanggung Kos Kahwin
Seorang bapa dilapor telah memutuskan untuk tidak menanggung kos pernikahan anak perempuannya selepas mengetahui anaknya itu tergamak menggubah keseluruhan gaun pengantin pusaka pemberian isterinya, lapor Mirror.
Difahamkan, gaun pengantin itu merupakan hasil kerja tangan isterinya sendiri sewaktu majlis perkahwinan mereka.
Isterinya telah berhasrat untuk menyimpan gaun tersebut untuk dipakai oleh anak-anaknya sewaktu majlis perkahwinan mereka.
Walaubagaimanapun, ketika anak bongsunya sedang mempersiapkan majlis pertunangannya, sesuatu terjadi terhadap gaun pemberian isterinya lalu mengakibatkan kekecohan dalam keluarga mereka.
Lelaki itu telah meluahkan perasaannya dalam forum Reddit mengenai bagaimana isterinya itu membuat pakaian perkahwinannya sendiri dan menyimpannya bertahun-tahun.
Menurut luahan tersebut, tiga daripada empat anak lelaki itu telah menggunakan gaun pengantin tersebut dalam majlis perkahwinan mereka.
Namun, apabila tiba giliran anak bongsunya, dia telah bertindak untuk ‘merosakkan’ gaun tersebut.
Dia turut meluahkan bagaimana perasaan isterinya yang amat kecewa setelah mengetahui perbuatan anak bongsunya yang tergamak ‘merosakkan’ pakaian berharga itu.
Justeru, dia memutuskan untuk tidak membayar sesen pun daripada kos pernikahan anak bongsunya itu.
“Isteri saya membuat pakaian perkahwinan itu dengan ibunya. Ia sangat sentimental untuknya. Ia ringkas tetapi sangat cantik. Dia selalu berkata dia suka anak-anak kami memakai pakaian dibuatnya itu sewaktu perkahwinan mereka.
“Kami mempunyai tiga anak perempuan (34, 30, 25) dan seorang anak lelaki (28). Isteri saya memberitahu bahawa pakaian itu tidak boleh diubah.”
Difahamkan, kesemua anak perempuan dan menantunya telah memakai gaun tersebut kecuali anak bongsunya itu sahaja.
“Kami turut menawarkan beberapa bantuan kewangan kepada semua anak kami sama ada untuk sekolah, perkahwinan atau bayaran pendahuluan rumah. Anak bongsu kami itu telah meminta bantuan untuk membayar kos perkahwinannya.
“Perkahwinannya itu bakal berlangsung pada awal bulan Ogos. Namun, beberapa bulan lalu, anak bongsu saya telah bertanya kepada isteri saya sama ada dia boleh menggunakan gaun itu untuk perkahwinannya, isteri saya pun memberikannya gaun itu.
“Selasa lalu, dia meminta saya keluar bersamanya untuk membayar beberapa kos vendor yang mana salah satu persinggahan ialah kedai tukang jahit.
“Ketika itu dia kelihatan benar-benar gugup dan saya fikir ia hanya kegelisahan dan keseronokan sebelum perkahwinan.”
Walau bagaimanapun, setelah tukang jahit menunjukkan gaun pengantin yang dihantar oleh anak bongsunya itu, lelaki itu tergamam kerana gaun tersebut langsung tidak kelihatan seperti pemberian isterinya.
“Pakaian yang dia keluarkan bukanlah pakaian ibunya. Ia adalah pakaian yang sama sekali berbeza cuma beberapa bahagian gaun ibunya sahaja yang digunakan.
“Dia cuma mengambil tali, selempang, dan skirt atas bersulam lalu menambahkannya pada pakaian baharu ini. Saya keliru seketika dan kemudian bertanya apa sebenarnya ini.
“Alasan yang diberikan ialah dia yang terakhir akan berkahwin dan tidak ada orang lain untuk memakainya. Saya memberitahunya bahawa itu tidak sama, dia tahu itu, dan pakaian itu tidak pernah menjadi miliknya untuk dia lakukan sesuka hatinya.
“Saya bertanyakan kepada tukang jahit tentang pakaian isteri saya yang lain dan meminta dia memberitahu isteri saya secara peribadi apa yang telah dia lakukan.
“Oleh itu saya nekad untuk membatalkan pembayaran yang saya buat pada hari itu dan memberitahunya bahawa saya tidak akan membayar sesen pun untuk perkahwinannya. Dia dan tunangnya boleh memikirkannya sendiri.
“Saya telah memberitahu mereka berdua bahawa dia telah mengambil sesuatu yang tidak boleh diganti daripada ibunya untuk kesombongannya sendiri. Saya tahu kami pada asalnya menawarkan bantuan dengan perkahwinan itu tetapi saya fikir tindakannya itu tidak layak untuk saya bantu.”
Bapa itu kemudian bertanyakan pendapat kepada rakan pengguna forum Reddit sama ada dia melakukan kesalahan kerana tidak membantu kos perkahwinan anak perempuannya.
Pertanyaan bapa itu dijawab oleh ribuan pengguna lain. Rata-rata pengguna forum itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap anaknya itu.
“Tindakan itu sangat tidak menghormati isteri anda. Pakaian itu bukan milik anak perempuan anda! Jika mereka tidak mampu mengadakan perkahwinan besar tanpa bantuan anda maka mereka boleh mengecilkan perkahwinan itu,” ujar netizen.
“Tidak kira sama ada anak perempuan anda yang terakhir menggunakan pakaian itu atau tidak. Ia tidak memberinya hak untuk memusnahkan/mengubah pakaian itu. Dia sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk merosakkan pakaian itu.”
Sumber: Mirror
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%